Fan Heater

Alhamdulillah fan heater yang aku order beberapa hari lepas baru sampai hari ni. Selepas beberapa kali dinasihati suamiku tersayang, akhirnya aku beli jugak heater tu. Sebenarnya bukan mahal sangat, cuma 18€ termasuk postage tetapi bila memikirkan bil elektrik yang bakal naik, tu susah sikit nak beli tu. Tahun lepas pon bil elektrik ku 41€ setiap bulan. Tetapi, disebabkan suhu bilikku sudah menurun ke tahap 13°, dan baju pon dah berlapis2 dipakai, terpaksa jugalah beli fan heater ni. Heater dalam bilik dah tak mampu memanaskan bilikku yang luas ni. Suhu di luar sekarang adalah 2° .

Winter ni snow paling tebal sepanjang aku tinggal di Gelsenkirchen. Dalam 1 minggu ni snow kat jalan masih belum cair.  Kalau winter yang lepas, memang susah nak tengok snow turun.

Sebelum sampai Jerman dulu, memang tak sabar2 nak tgk snow. Yelah, selalunya tengok kat tv je. Tapi kat Cologne susah nak tengok snow turun. Satu weekend tu, kami pergi melawat kawan2 kat Dortmund dan kat situla buat pertama kalinya kami main snow yang lebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!