Kitar Semula amalan rakyat Jerman

Hari ini seperti biasa, aku kumpulkan botol2 air yang ada dalam rumahku untuk di refund di PLUS (Salah satu Supermarket yang murah di Jerman). Buat pengetahuan semua, apabila kita membeli air dalam botol, kita dimestikan membayar 25sen (botol besar) dan 15sen (botol kecil) tambahan dan duit tersebut akan kita perolehi semula apabila kita pulangkan botol-botol tersebut di supermarket. Sistem ini sangat berkesan dalam memastikan pengguna tidak membuang botol begitu sahaja. Bayangkan harga air mineral 25sen tapi kita kena bayar 50sen termasuk harga botol. Secara automatik kita pasti hantar semula botol tersebut. Sistem ini juga memberi rezeki kepada orang homeless kerana mereka boleh mengutip botol2 didalam tong sampah untuk dipulangkan ke supermarket. Bukan itu sahaja, jika kita beli barang-barang keperluan dan mahu menggunakan plastik, kita perlu membayar 10 sen untuk satu plastik. Ini untuk memastikan penggunaan plastik terkawal. Jadi tidak peliklah apabila orang-orang disini membawa beg dan plastik sendiri apabila membeli barangan keperluan.

Pembahagian sampah di sini juga sangat penting dalam memastikan sistem kitar semula berkesan. Di setiap apartment dilengkapi dengan beberapa jenis tong sampah. Hitam untuk Restmüll , kuning untuk Leichtverpackung, biru untuk Altpapier. Pada hari2 tertentu penghuni rumah perlu keluarkan tong sampah supaya lori sampah boleh mengutip sampah2 tersebut. Contohnya setiap hari jumaat, kelihatan tong-tong sampah hitam di hadapan apartment, selasa tong sampah kuning dan khamis biru. Begitulah rutin hidup masyarakat jerman. Kalau penyewa tidak membahagikan sampah, pasti akan ditegur tuan rumah. Begitula pentingnya tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.

Ini pula tong sampah di train station

Di Malaysia begitu banyak kerajaan keluarkan peruntukan untuk memupuk tanggungjawab kitar semula tetapi nampaknya sia2 sahaja. Pelik melihat tong sampah kitar semula penuh dengan sampah yang tidak sepatutnya ada dalam tong tersebut. Susah sangat ke nak buang satu tin ke dalam tong yang sepatutnya? Sedangkan tong berkenaan hanya terletak bersebelahan sahaja. Mungkin kita selalu berfikiran seperti ini „ tak pe, aku sorang je yang buang tak betul“. Tapi kalau dah ramai yang fikir macam ni, memang sampai bila pon tak berjaya kempen kitar semula. Pernah tak kita terfikir, apa yang kita buat untuk menjaga alam sekitar? Jika terdapat kemudahan kitar semula di kawasan rumah kita, ambillah peluang ini untuk membantu menjaga alam sekitar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!