Makanan dan resepi

Mee Kari


Bahan- bahan

Kari:

– 10 ulas bawang merah (atau 2 ulas bawang besar)
4 ulas bawang putih
1 inci halia (ketiga-tiga bahan ini di kisar halus)
2 paket kecil serbuk kari ayam/daging (dibancuh dlm air panas)
1 sudu besar cili boh
santan kelapa dari 1/2 biji kelapa (boleh diganti dengan susu cair atau susu segar)
50 gm udang kering (dikisar)
1 paket bebola ikan (dipotong 2)
250 gm isi ayam (dipotong dadu)-air asam jawa secukupnya
garam
gula
minyak
daun kari

bahan sampingan:

– tauhu yg digoreng dan dipotong
tauge
telur rebus
bawang goreng

cara-cara:

– panaskan minyak
masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga naik bau
masukkan cili
masukkan kari, daun kari dan sedikit air
masukkan ayam, udang kering, garam dan gula.
bila ayam separuh masak, masukkan santan atau susu cair dan masukkan bebola ikan
bila kari sudah masak, hidangkan bersama mee kuning dan letakkan bahan2 sampingan.

Hidangan sesuai untuk 4 orang

Di sebalik kisah mee kari

Mula2 try masak mee kari ni masa first year kat Cologne. Hari tu hari terakhir exam untuk Studienkollege. Memang dah plan ngan ilham dan housemate nak masak mee kari. Nasib baik Elisha pandai cari mee kuning dekat Asia Markt. Tapi x berapa jadi sbb pekat sket. Lepas tu dah malas nak masak mee kari. Teringin sangat nk makan mee kari kat Banana Leaf (Bandar Utama). Waktu amik AUSMAT kat KBU dulu, kalau nak mkn sedap sket, Banana Leaf la tempat nya.

1 year after that, masa raya kat Bingen ada mee kari. Memang sedap sangat mee kari tu. Kalau x silap resepi kak Qilah. Lepas tu baru la tau kena letak udang kering. Sejak dari saat tulah, suke sgt masak mee kari. Satu lagi kari kena cair sket baru sedap. Kalau nak sihat sikit, santan tu ganti dgn fresh milk. Rasa lebih kurang je.

p/s: gambar di atas hanya hiasan, amik org punye je

4 Comments

  • hudaahmad
    January 12, 2009 - 12:11 | Permalink

    cubalah, dlm masa 30-40 minit dah siap

  • ann
    January 12, 2009 - 11:07 | Permalink

    mcm best…kna cuba ni…

  • Norul
    January 23, 2010 - 02:04 | Permalink

    Erm mcm best jer….

  • huda
    January 23, 2010 - 12:39 | Permalink

    Trylah masak Norul…
    senang n cepat nak masak mee kari ni

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress