Cuti-cuti Eropah

Ski and Toboggan

Tak kusangka sudah 4 tahun aku berada di Jerman. Minggu lepas kawan2 ku suggest adakan reunion and yiko cadangkan pergi Winterberg. Winter 2007 buat pertama kalinya aku dan suami ke Winterberg untuk main ski. Pada waktu itu snow sangat kurang dan nasib baik semasa cuti winter, snow mula turun dikawasan2 tinggi seperti Winterberg.

Winterberg terletak di timur Gelsenkirchen dan mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah dengan menaiki train. Jadi kami membeli tiket Schönes-Wochenende-Ticket (30€) untuk 2 orang. (Dengan tiket ni, seramai 5 orang boleh naik train biasa satu Jerman). Kami menginap di Altastenberg. Tinggal di sana selama 2 hari sangat menenangkan jiwa dengan suasana yang damai, udara  yang segar, seolah2 balik kampung di Malaysia. Cuma apabila tinggal di kawasan begini, makanan halal susah sikit nak cari. Jadi kami bawa bekal pasta, roti dan Brahim, cukuplah untuk hari pertama.


Selepas check in di        rumah        tumpangan, kami ke kedai  sewa untuk menyewa peralatan ski. Nasib baik tak mahal sgt sewa. Ingat ke mudah nak main ski ni. Rupa2nya susah betul nak main. Tambah2 aku ni main roller blade atau ice skating pon tak pernah. Suamiku ok lagi la main ski. Aku ni, asal bangun je, terus jatuh. Dalam 30 minit try, terus give up. Aku tunggu je suamiku main. Kat atas tu gambar kami main ski kat kawasan  Altastenberg. Tempat ni sebenarnya tak sesuai untuk beginner sebab cerun.

Esoknya kami melihat panorama Winterberg menerusi jambatan. Tapi pada masa itu, kabus agak tebal, jadi tak begitu nampak kawasan sekeliling. Kat  sana ada jambatan tergantung, Bobbahn, Rodelnbahn. Tengahhari kami mula main Rodeln (Toboggan). 2 jam je rasanya kami main, tapi memang puas sangat. Sewa Rodeln tu 5€ sahaja untuk satu hari tetapi sewa lift untuk naik ke
tempat mula main yang mahal.

Esoknya sebelum kami balik, kami main lagi Rodeln 10 pusingan lagi. Tapi masa tu cuaca sejuk yang amat, beku jadinya tangan, kaki dan muka. Jadi terketar ketar jugak la. Emm, mungkin itu kali terakhir aku boleh main Rodeln sepanjang hayat. Yelah, nanti kalau dah balik Malaysia, tiba-tiba teringin nak main, kena la bercuti di negara musim sejuk. Kos nya pula msetila tinggi, kan. Tapi takpe, main Rodeln memang kenangan yang best sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress