Dungun ke Auckland

Dah seminggu lebih aku di Malaysia, memang seronok maklumlah dah lama tak balik jumpa keluarga. Minggu pertama ni aku kena selesaikan akaun bank, kad bank sebab dah tak ingat password. Aku jugak kena tolong adikku Fizah buat persiapan terakhir sebelum ke Auckland. Perkara yang paling susah tentula nak pastikan beg tidak melebihi limit yang ditetapkan. First time pergi mesti nak bawak macam2, kuali, periuk nasi, laptop, rempah ratus, makanan segera untuk 2 minggu pertama.

20.02.2009 kami mulakan perjalanan ke KL. Mula2 singgah di Kuantan ambil adik dan adik ipar. Itulah pertama kalinya aku berjumpa dengan Iffah mardhiyah (anak sedara). Memang seronok betul. Kemudian kami ke Temerloh, rumah kakak untuk berehat dan tidur di sana.

21.02.2009 barula kami ke KL dan menziarahi keluarga sebentar sebelum ke KLIA pada tengahari kerana Fizah perlu berada di sana pada pukul 5.30 pm( 4 jam sebelum berlepas). Disana jugalah buat pertama kalinya aku bertemu dengan Farisha Areena (anak sedara). Seonok main dengan budak2 ni. Setelah sekian lama keluargaku tidak berkumpul bersama, kat KLIA akhirnya kami semua dapat berkumpul walaupon sekejap sahaja. Pada pukul 7.30 pm, luggage Fizah sudah di masukkan. Jadi semuanya berjalan dengan lancar tidak seperti semasa aku dulu, kelam kabut.

Dulunya, dah la aku lambat sampai di KLIA sebab tersalah masuk jalan. Kemudiannya di luggage ku takde riben(wajib letak riben), punyala pening mana nak cari riben, last sekali ikat stokin je kat beg. Satu lagi halnya aku tak ingat number kunci beg. Nasib baik Ayah Su tolong bukakkan beg, tak tau la camne Ayah Su buat. At last guna mangga je kat beg tu. Disebabkan kelam kabut sikit, aku tak sempat pon menangis sebelum turun ke security check. Itula kisah 4 tahun dahulu.

Semoga Fizah tabah dan seronok di Auckland.

One thought on “Dungun ke Auckland

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!