Dürüm Döner

Seperti kebiasaan minggu peperiksaan, aku kena bertungkus lumus untuk belajar. Lusa peperiksaan terakhir untuk semester ini dan hari khamis nanti aku akan pulang ke tanah air untuk bercuti ..seronoknyaaaa… Disebabkan exam dan dah nak balik, mood nak masak berkurang. Jadi pada hari ini aku membeli Dürüm Döner kesukaan ku. Intinya adalah daging kambing, salad, zaziki sambal cili dan keju. Aku lebih suka Dürüm Döner berbanding Döner Kebab sebab lagi senang nak makan. Döner Kebab besar sangat, susah nak masukkan dalam mulut. Nasib baik restoran 100 m je dari rumah, senang je la nak beli tapi sekali sekala jela sebab €3,50 satu.

2 thoughts on “Dürüm Döner

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!