Makanan dan resepi

Resepi: Nasi Briyani


Nasi:

Bahan2:

– 400 g beras (dibasuh dan disejat)
– sedikit minyak zaitun (atau butter, minyak sapi)
– 1 bij bawang besar (dihiris)
– 4 biji buah pelaga
– 4 kuntum bunga cengkih
– 1 camca teh garam masala
– ½ camca teh serbuk kunyit
– 2 biji cili padi
– 4 sudu besar yogurt asli
– 150 mlm susu cair (dihiris)
– sedikit garam dan gula

cara2:

– panaskan minyak
– tumis bawang, pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga naik bau
– masukkan jogurt, garam masala, kunyit, garam, gula dan gaul seketika
– masukkan sedikit air dan cili padi
– masukkan beras dan susu. Tambah air jika perlu.

Untuk lauk:

Bahan2:

– 1 kilo ayam (dipotong dan dibasuh)
– 1 ½ ulas bawang besar
– 3 bawang putih
– sedikit halia
– 1 btg serai
– 6 sudu besar rempah kari daging
– madu (atau gula) dan garam
– sedikit serbuk cili (atau cili padi)
– 7 sudu besar yogurt asli (atau santan, susu cair)
– 2 kuntum bunga cengkih

cara2:

– semua bahan(kecuali ayam) dikisar halus
– ayam diperap dalam bahan2 tadi selama 1 jam kemudian diletak dalam dulang oven
– masukkan dalam oven selama 40 minit, suhu 200°.

Salad:

Bahan2:
daun salad, tomato, timun, bawang(jika mahu).

Cara2:
– kesemua sayur dihiris dan diletakkan dalam mangkuk.
– masukkan sedikit garam, minyak zaitun dan jus limau.

p/s: – Untuk nasi, boleh juga dimasukkan daging lembu atau daging kambing dan perlu dimasak sebelum dimasukkan beras.

Walaupun sekarang ni exam mode, aku teringin sangat nak makan sedap, tu yang masak nasi beriyani ni.

Aku suka masak macam ni, gaul semua bahan, then masuk dalam oven. Senang dan sedap. Kalau nak masak untuk ramai orang pon mudah, tak perlukan masa untuk menggaul lauk. Salad tu pon senang untuk disediakan.

Setelah 3 tahun berada di Jerman, akhirnya aku mula belajar masak sesuatu yang sedap, tetapi memakan masa yang sedikit untuk disiapkan. Ini kerana, setelah dibuat pemerhatian, penyediaan masakan Jerman sangat ringkas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress