Kehidupan

Demam Campak

Sampai sahaja aku dan suamiku di rumah mertuaku jumaat lepas, terasa badan lemah dan macam nak kena demam. Jadi aku ambil panadol macam biasala. Petang tu sempat jugak keluar jalan shopping complex.

Esoknya aku tengok mukaku macam terkena jerawat pulak. Tak pernah jerawat tumbuh macam ni, jadi aku ingat ni sebab cream yang aku baru beli kat sini. Pastu kami ke USM, suamiku nak cari kerja sebab ada career fair. Sampai ke petang, aku dah rasa sejuk sangat, yelah sebab demam. Petang kami ke Permatang Janggus, tido kat rumah nenek. Masa tula baru aku perasan jerawat yang aku sangka ni tumbuh kat badan pulak. Ya Allah, demam campak rupanya. Jadi aku pon ikutla petua nenek moyang, minum air kelapa muda banyak2 bagi keluar cepat, pakai bedak sejuk bagi kecut cepat. Masa tu tak tau lagi demam campak ni sakit. Ahad kami pulang ke Kedah semula. Malam tu baru aku rasa gatal yang amat ditambah sakit satu badan.

Pagi2 Isnin tu terus pegi klinik sebab dah tak tertahan sakit ni. Dapatla ubat antivirus(supaya biji2 tu stop dari terus keluar), ubat gatal, ubat demam, ubat sapu. Berhari2 jugak aku demam, tak selera nak makan, tak de mood nak buat apa pon. Sampai hari ni, biji2 kat badan ni tak kecut sepenuhnya lagi sebab banyak jugak biji2 besar. Tak taula berapa hari lagi baru nak lega. Lepas ni nak kena cari product sesuai untuk hilangkan parut pulak. Mukaku sekarang dah berparut2…sedihnya…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress