Makan RFC

Semalam aku n family ke Radix Fried Chicken (RFC) untuk makan bersama di sana. Pada mulanya aku tak mau pergi disebabkan campak di badanku masih belum kering. Mukaku penuh tompok2 hitam menyebabkan aku rasa malu pula nak keluar. Tapi suamiku tetap mendesak, jadi aku pergila, teringin juga nak makan sebenarnya sebab KFC pon dah diboikot.

Kedudukan RFC di Shahab sememangnya strategik menyebabkan pengunjung selalunya penuh. Masuk je kedai, barisan sampai ke pintu keluar. Jadi aku agak dalam 25 minit dapatla order. Jadi aku dan ma tunggu diatas. Setelah 30 minit, suamiku naik tanpa makanan di tangan. Pelik juga. Rupa2nya line bergerak dengan tersangatla perlahan. Order yang diambil tersangatla slow. Setelah 1 jam, datang balik suamiku, masih tanpa makanan. Katanya lagi 15 minit dapatla order kot. Tapi kalini kami bungkus jelah, tak larat dah nak makan kat sana. Lagipon belum solat maghrib. Aku pon ke bawah dan betulla kata suamiku, orang yang amik order tu memang slow sangat buat kerja. Maaf dikatakan begini kerana jika prestasi mereka tidak ditingkatkan dengan cepat alamatnya orang akan fikir banyak kali untuk membeli di RFC. Mereka yang pernah ke KFC pasti akan membandingkan kepantasan kerja mereka. Orang yang nak naik bas boleh terlepas bas kalau masih menunggu untuk order. 

Sampai di rumah barula kami menikmati juadah dari RFC. Memang sedap sangat. Sos cili and Cola Radix pon sedap. Tahniah Radix kerana berjaya menghasilkan resepi yang sedap.

2 thoughts on “Makan RFC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!