Semester baru

Perjalananku dari Malaysia ke Jerman kali ini sangat memenatkan berbanding masa2 yang lepas. Hari Sabtu, pukul 1 tgahari aku dan suami ke airport Penang dan pukul 3 kami berlepas ke LCCT dengan menaiki AirAsia. Kami tiba di KLIA pada pukul 5 ptg. Perasaanku pada petang dan malam itu bercampur baur antara sedih meninggalkan suamiku di Malaysia dan gelisah untuk menghadapi semester baru.

Hari Ahad, pukul 2.30 pagi aku akhirnya berlepas ke Dubai menaiki Emirates. Ini kali ke 3 aku membeli tiket Emirates memandangkan tiket MAS lebih mahal berbanding Emirates. Dalam flight aku hanya tertidur kerana kepenatan dan bangun hanya untuk breakfast sahaja. Sampai di Dubai airport, aku sangat berharap aku mendapat bilik hotel percuma memandangkan transit kali ini sampai 9 jam lebih, namun pihak Emirates hanya memberiku voucher untuk breakfast. Jadi selepas breakfast aku melilaulah mencari seat yang sesuai untuk berehat dan akhirnya aku menjumpai seat yang best untuk tidur dengan selesa. 3 jam lebih jugak aku tertidur situ sebab penat sangat. 2.30 pm waktu Dubai aku berlepas ke Düsseldorf dan aku tiba di Düsseldorf pada 7.40 ptg.

Dengan menaiki train aku akhirnya sampai di rumah pada 10.30 mlm, memang penat sangat rasanya. Esok paginya kelas berjalan seperti biasa.

2 thoughts on “Semester baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!