Cuti-cuti Eropah

Italy Part 2 (Rome)

Sambungan dari Part 1

Malam dari Venice kami bertolak ke Rome menaiki keretapi dan sampai disana tengahari. Sampai kat hotel boleh pula takde air…. memang tak selesa betul nak jalan-jalan. Tapi sebab lama sangat nak tunggu air ada balik, kami keluar jelah dengan tak mandi, kalau tak rugi pulak masa.

Colloseum

Colloseum



Tempat yang kami mula pergi ialah Colosseum. Memang dah lama teringin nak pergi sana sebab Colosseum termasuk dalam 7 keajaiban dunia, nak tahu jugak kenapa. Colosseum merupakan sebuah stadium yang hebat senibinanya berdasarkan bentuk dan strukturnya. Tempat duduk untuk penonton dibina bertingkat2 dan diasingkan berdasarkan status penonton. Kalau tengok tingkat2 tu, memang seram betul. Pada mulanya stadium itu dijadikan tempat pertunjukan sahaja, kemudian stadium itu dijadikan tempat pertempuran antara gladiator dan haiwan buas seperti badak, harimau, singa, gajah dan buaya yang diimport dari afrika dan middle east. Area bawah tanah stadium itu diubahsuai menjadi terowong tempat gladiator dan binatang buas ditempatkan sebelum pertempuran. Terdapat area seperti lif yang akan menaikkan haiwan keatas pentas apabila permainan akan dimulakan.  Permainan itu kemudiannya beransur2 dipupuskan kerana memakan nyawa ramai manusia dan haiwan. Dalam permainan ini, permainan hanya tamat jika antara haiwan tersebut ataupon gladiator mati. Jadi yang masih hidup dinobatkan sebagai pemenang.

Sebelum balik ke hotel petang itu, kami sempat membeli souvenir yang dijual ditepi Colosseum . Kami hampir2 ditipu penjual yang rata2 bukan penduduk tempatan. Memang kena hati2 kalau nak beli souvenir, diorang akan letak harga yang sangat tinggi dan kemudiannya bagi 50% pada kita, sedangkan harga ditempat lain mungkin lagi murah sebenarnya.

Vatican City

Vatican City

Esok paginya kami ke Vatican City yang merupakan negara terkecil didunia, terletak di tengah2 bandar2 Rome. Vatican City merupakan pusat pentadbiran Gereja Roman Katolik, jadi disekeliling Vatican City memang banyak rumah2 sisters. Masa pergi sana tak sangka pula kena beratur bukan main panjang lagi sampai sempat orang2 berniaga air, dan shawl. Shawl tu sebab nak masuk Vatican City kena sopan, jadi yang pakai seksi2 tu kena tutupla dengan shawl. Boleh tahan jugak mahalnya nak masuk Museum Vatican. Memang tourism bagi banyak income pada Vatican. Kami masuk pon nak tahu jugak macam mana pusat gereja katolik ni. Rupa2nya seperti juga gereja dan museum lain, banyak perabot yang mahal2, disaluti emas, lukisan2 yang memakan masa berbulan untuk disiapkan.

The Capitol

The Capitol

Petang itu kami ke The Capitol, tempat terdapatnya Forum Rom yang terletak berdekatan Colosseum. Forum Rom merupakan pusat perdagangan dan pentadbiran zaman Rome kuno. Di situ dibina istana, tempat ucapan ahli2 politik, pejabat, tempat suci, tempat kediaman paderi dan jalan raya, namun sekarang yang tinggal hanyalah serpihan2 bangunan.

Air minuman

Air minuman

Sesuatu yang menariknya di Italy, kita boleh dapatkan air minuman merata2. Gambar di atas salah satu contoh paip air minuman. Airnya sentiasa mencurah2, tadah je botol, jimat duit beli air mineral. Lagipon berjalan di Italy ni kena minum banyak air, cuaca nya mmg panas.

One comment

  • Pingback: Italy Part 3 (Florence & Milan) | huda ahmad

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress