Cuti-cuti Eropah

Italy Part 1 (Venice)

Alhamdulillah cuaca sekarang sudah semakin panas, dalam lingkungan 15°. Sekurang-kurangnya takdela terketar2 dalam bilik ni.

Percutian musim panas yang paling melekat dalam ingatanku ialah percutian di Italy. Selalunya orang ke Itali semasa musim bunga atau musum luruh kerana tidak begitu panas tetapi pada waktu itu ada promosi Ryanair. Tu yang kami pergi juga masa tu walaupon panas. Sebelum ke sana kami menempah Railpass Italy untuk 3 hari dari STA TRAVEL namun tiket tidak sampai di rumah sebelum bertolak ke Italy. Sampai sekarang tak dapat claim lagi. Itulah masalahnya, time ambil duit kita, laju betul tapi bila nak claim, kena contact berkali2. Tu pon masih tak dapat berita baik lagi.  Harganya pula 70 euro seorang. Bukan murah.

Jadi kami terpaksa mengambil keputusan untuk beli single ticket bila sampai di sana sebab dah takde cara lain. Selasa pagi dari Bristol kami ke London Stansted menaiki keretapi. Tiket dalam 9 pound sebab beli awal.

Tengahhari kami berlepas ke Venice dan dalam masa 2 jam sampaila kami di kota yang dikatakan romantik tersebut. Memang panas betul tak seperti di UK. Sampai di bandar Venice dah nampak betapa ramainya manusia di sana. Hati begitu riang sekali melihat sungai Venice yang tenang dan merupakan satu2nya saluran pengangkutan di sana.Venice juga dikenali sebagai Bandar Raya Air.  Bot2 boleh disamakan seperti bas di bandar lain dan dipanggil vaporetti (Waterbus). Kelihatan pos, DHL, polis, bomba menaiki feri. Namun pengangkutan awam di Venice adalah antara termahal pernah ku naiki, sehari 14 euro dan single 6 euro. Mungkin kos bot mahal. Kemudian kami ke Murano untuk check in hotel.

Murano merupakan sebuah pulau terkenal di Venice dan terletak di utara Venice . Murano terkenal dengan glass production kerana pada tahun 1295 semua kilang gelas dipindah ke Murano bagi mengelakan kebakaran yang selalu berpunca dari kilang gelas dan bagi memastikan design2 dan cara pembuatannya tidak jatuh ketangan orang yang tidak diingini. Jadi pada waktu dahulu, pembuat gelas dimestikan berada di pulau murano dan hanya dibenarkan keluar jika mempunyai pass tertentu. Jadi tidak hairanla glass nya memang cantik bersinar2 dan cukup berseni.

pemandangan di murano

Venice merupakan sebuah kota yang dipenuhi dengan bangunan2 tua yang mempunyai senibina tersendiri. Tarikan utama pelancong disini ialah Rialto-Bridge, Basilica Jalan Mark dan Doge’s Palace.

Petang dan keesokan harinya kami berjalan2 di sekitar Venice.

Rialto Bridge
Rialto Bridge

Rialto Bridge merupakan salah satu mercu tanda Venice yang dibina pada 1181. Di tepi laluan jambatan tersebut dibina kedai2 dan penyewaan kedai2 tersebut membantu untuk menampung kos penyelenggaraan jambatan.  Rialto Bridge sudah beberapa kali runtuh dan dibina semula. Sekarang kelihatan kedai2 barangan kemas dan perhiasan disepanjang Rialto Bridge.

Piazza San Marco

Piazza San Marco merupakan satu-satunya square di Venice dan merupakan kawasan terendah di Venice. Disinilah tempat pelancong berehat sambil menikmati keunikan senibina sekeliling Piazza San Marco, keindahan Grand Canal dan berada di tengah2 kumpulan burung merpati.  Piazza ini dikelilingi oleh Doge’s Palace, St Mark’s Basilica, St Mark’s Clocktower dan bangunan-bangunan lain. Lama jugak kami berehat di Piazza San Marco sebab di sana sangat tenang dan damai.

Godola

Bagi mereka yang mahu suasana lebih romantik bolehla menaiki Gondola yang merupakan bot traditional Venice dan dihias cantik. Namun kami tak naik sebab harganya 50 euro untuk satu Gondola. Jadi, ambil gambar pon cukuplah. Gondolier akan membawa pasangan mengelilingi Venice melalui terusan2 selama lebih kurang 1 jam.

Destinasi kami seterusnya adalah Rome tapi akan ditulis kemudian.

One comment

  • Pingback: Italy Part 2 (Rome) | huda ahmad

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress