Wabak selesema babi

Dalam masa seminggu ni dunia tiba2 di hebahkan mengenai wabak selesema babi yang bermula di Mexico dan terus merebak dengan pantas ke seluruh dunia. Setakat ini negara yang corfirm mempunyai kes positiv ialah Mexico, Canada, USA dan Spain manakala negara yang mempunyai suspected cases ialah Brazil, UK, France, Australia dan New Zealand.

Di Mexico sahaja kes kematian telah meningkat 103 orang dan beratus-ratus sudah dimasukkan ke hospital. Mereka yang disyaki dijangkiti wabak ini juga dikuarantinkan dan bank dunia telah mengumumkan pinjaman AS$205 juta kepada Mexico untuk membantu menangani wabak tersebut.

Kebimbangan terhadap wabak ini telah menyebabkan pihak kesihatan Filipina menasihatikan rakyatnya tidak berpeluk dan bercium di tempat umum. Wabak ini juga secara tidak langsung memberi kesan kepada saham dunia yang jatuh merudum dan menyebabkan nilai matawang euro merosot.

Marila kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya virus ini tidak terus menular sehingga membunuh jutaan manusia seperti pandemik yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968. Semoga Allah terus melindungi kita dari kecelakaan. Amiin

2 thoughts on “Wabak selesema babi

  1. teh

    pandemic tu kalau tak salah la virus selesema yang merebak ke seluruh dunia…kira tahap kritikal la, tu sebab ramai mati.

    1918 tu virus selesema Sepanyol, 1957 virus selesema asia, 1968 tu virus selesema Hong Kong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!