Makanan dan resepi

Resepi: Baked Pasta

Hari ni aku masak jugak pasta ni, setelah sekian lama tak makan pasta. Nak masak ni bukan susah pon, cuma bila ada mood nak makan western baru masak.


Bahan-bahan

  • tuna dlm tin (boleh ganti dengan udang, ayam atau daging)
  • brocolli atau carrot
  • 2 ulas bawang besar ( dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih ( potong halus, klau blh masuk blender)
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • satu sudu besar oregano
  • daun basil ( klau ade)
  • tomato paste
  • serbuk cili ( sket je)
  • olive oil (boleh ganti dgn minyak biasa)
  • garam dan gula
  • mozzarella cheese (atau cheese yg lain) yang diparut
  • pasta

 

Cara – cara

1) Rebus pasta sampai lembut dalam periuk

2) Panaskn minyak dalam periuk lain dan masukkan bawang besar dan bawang putih. Goreng sampai naik bau.

3) Masukkan tomato yang dipotong dadu, tomato paste, serbuk cili, garam dan gula dan satu sudu cheese.

4) Masukkn oregano dan daun basil. dan tutup api

 

Dalam Dulang tahan oven

1) Masukkan pasta, dan sos yg dimasak tadi

2) Masukkan tuna dan brocolli

3) Tabur cheese kat atas

4) Panaskan dalam oven selama 10-15 minit (suhu 190)

Inilah hasilnya bila letak dalam pinggan, cuma kali ni aku tak letak brocolli sebab terlupa beli. Ahad pulak kedai tutup. Jadi takde sayurla kali ni. ­čśë

2 Comments

  • teh
    May 10, 2009 - 17:12 | Permalink

    kalau xde oven, boleh buat pasta biasa jelah ilham.
    tabur cheese halus2 atas pasta tu nanti.
    cuma tak rasalah kelasatan cheese yang dibakar. ­čśë

  • iLhAM
    May 10, 2009 - 16:32 | Permalink

    Huda!!
    nampak sungguh sedap skaliii!!!
    mau jugeeee….
    huhu malangnya rumah xde oven lah :(.

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress