Cuti-cuti Eropah

Italy Part 3 (Florence & Milan)

Sambungan dari Part 2

Dari Rome kami bergerak ke Florence, yang  merupakan tempat kelahiran Italian Renaissance. Jadi tidak hairanlah Florence terkenal dengan world-class art galleries dan museum serta bangunan-bangunan gothic. Antara hasil seni yang terkenal ialah patung David, hasil seni Michelangelo. Tetapi kami tidaklah berminat dengan hasil2 seni patung2 dan lukisan, jadi kami takdelah masuk mana2 museum dan art gallery.

boar

boar

Kami cuma berjalan2 di sekitar Florence, melihat keunikan senibina dan juga berjalan di sekitar pasar San Lorenzo. Boleh tahan juga ramai orang. Ada sesuatu yang pelik aku saksikan di sana. Kat pasar tu ada satu patung boar yang besar dan orang ramai akan mengusap mukanya, mungkin untuk ambil berkat kononnya, kepercayaan agama mereka la agaknya. Tulah sebabnya kawasan muka boar tu je yang berkilat.

Kemudian kami ke Piazelle Michelangelo yang terletak di puncak bukit yang bertentangan dengan sungai di tengah Florence. Kat atas sana memang cantik pemandangan nya. Berjam2 kami berada di sana, makan snek dan menikmati keindahan alam semula jadi. Tenang sangat rasanya bila berada jauh dari kesibukan jalan. Kat atas tu souvenir pon murah.

Petang tu kami dah tak tau nak pergi mana, jadi kami pon melilau tengok orang melukis. Memang cantik lukisan2 mereka, mungkin kerana Italy memang tempat lahir pelukis-pelukis terkenal. Ada seorang budak melukis atas glass, cantik sangat. Tenang nya melihat budak tu melukis, mencari rezeki yang pastinya berdasarkan minatnya sendiri dan sudah tentu memberi kepuasan pada diri sendiri. Sejam lebih kami tengok dia melukis dan kami akhirnya membeli satu lukisan tersebut. Lepas tu kami makan vegetable pizza di Piazza Santa Croce Square, sesungguhnya pizza buatan Italy adalah pizza yang paling sedap pernah ku makan setakat ini. Kami menghabiskan masa berehat disana sehinggalah sampai masa untuk menaiki keretapi ke Milan.

Milan merupakan destinasi terakhir kami sebelum berlepas semula ke London. Milan merupakan kota fesyen yang dipenuhi butik2 namun tujuan kami bukanlah untuk shopping, jadi window shopping sahajalah. Lagipon hari2 terakhir perjalanan memang dah tak larat jadi at last kami berehat di hadapan train station, bagi makan burung2 yang bertandang. Seronok jugak duduk saja2, bagi makan burung.

Sampai di London berakhirlah honeymoon kami di Italy.

2 Comments

  • tanty
    March 19, 2010 - 10:50 | Permalink

    hi, was googling tadi n found ur blog abt italy. im going to milan next month(April). just wonder whether there are halal restaurants there. susah ke nak cari halal restaurants kat milan. sb experience pegi ke spain, mmg susah sgtttt nk mkn. TQ

  • March 19, 2010 - 14:32 | Permalink

    to tanty:

    masa kat italy, kami makan pasta n pizza seafood or vegie.
    lagipon pizza and pasta kat italy memang sedap sangat.
    kami tak jumpa pulak halal restaurant.
    maaf ye.

    tapi kalau tanty nak jugak halal restaurant, saya jumpa address kat islamicfinder.com
    boleh check kat sini: http://www.islamicfinder.org/worldIslamic.php?more=more&startPoint=0&endPoint=50&country=italy&city=Milan&state=&lang=

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress