Switzerland Part 1 (Lucerne)

Switzerland adalah sebuah negara yang dijadikan Allah dengan pemandangan yang indah dan permai. Bandar-bandar dan perkampungan di Switzerland terletak di lereng-lereng bukit menyebabkan  dimana sahaja kita pergi, kita dapat melihat latar belakang bukit dan gunung yang cantik. Switzerland sangat sesuai dijadikan tempat honeymoon bagi mereka yang cintakan alam semula jadi dan suasana yang tenang. Uniknya Switzerland mempunyai empat bahasa rasmi iaitu bahasa Jerman, Perancis, Italy dan Romansh.

Pada December 2008 kami memilih Switzerland sebagai destinasi pelancongan kerana lokasinya hanya di bawah Jerman dan kami tidak mahu melepaskan peluang menikmati pemandangan Switzerland yang putih dipenuhi salji. Perjalanan kami dari Gelsenkirchen memakan masa lebih kurang 10 jam dengan menaiki keretapi(ICE, IC, RE). Pada waktu tersebut ada promotion 39€ ke luar Jerman untuk one way. Memang murah la. Untuk melancong di Switzerland pula kami membeli Swisspass 4 hari yg berharga €140.

Dari Zurich kami ke destinasi pertama kami iaitu Lucerne yang merupakan destinasi pelancongan utama Switzerland. Bandar lama, tasik dan gunung ganang. Itulah yang menjadikan Lucerne cantik dan damai. Bandaraya nya dibina di sekeliling tasik Lucerne. Disebabkan sudah malam, esokkan harinya baru kali mula berjalan.

chappelbridge, lucerne Lake

chappelbridge, lucerne Lake

Terdapat banyak sejarah di bandar ini dan salah satu yang masih digunakan dan dijaga rapi ialah Chapel Bridge (Kappelbrücke) yang merupakan salah satu jambatan kayu merentasi Sungai Reuss dan dikatakan jambatan kayu paling tua di eropah, dibina pada 1333. Jambatan ini sudah beberapa kali hampir musnah akibat kebakaran yang kebanyakannya disebabkan rokok namun jambatan tersebut sentiasa dibangunkan semula. Diatas jambatan itu terdapat lukisan2 yang menceritakan sejarah Lucerne .

Kemudian kami mendaki bukit untuk melihat Musegmauer dan menikmati pemandangan Lucerne yang cantik dan permai dari atas bukit.

Monument Lion, Glacier Museum

Monument Lion, Glacier Museum

Kami seterusnya mengunjungi Glacier Garden Lucerne (Museum) untuk melihat dengan lebih dekat pembentukan glacier. Diluar museum tersebut terdapat monumen singa, salah satu monument tertua di Switzerland sempena kematian beratus2 Swiss guard pada tahun 1792 untuk melindungi Raja Perancis. Monument ini merupakan salah satu tarikan utama di samping Chapel Bridge dan Water Tower. Natural monument ini ditemui oleh Joseph Wilhelm Amrein Troller pada 2 November 1872 secara tidak sengaja sewaktu pembinaan gudang wine. Secara mudahnya pembentukan glacier disebabkan hakisan batu2 yang terperangkap di dalam ais. Tarikan lain di sini adalah Mirror Maze yang terletak di dalam dan luar museum.

Berjalan di Switzerland memaksa kami untuk lebih berjimat cermat dalam bab makan kerana serba serbi mahal di sana seperti hotel, tiket pelancongan, souvinir, dan makanan restoran. Pada malam itu kami hanya memakan maggi yang kami beli di supermarket. Macam tulah keadaan student kalau nak melancong, duit kena pandai bajet, kalau tak, naya nanti.

Destinasi seterusnya ialah Mürren, Interlaken yang akan disambung kemudian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!