Kehidupan

Mixer & Pisau

Alhamdulillah minggu ni suamiku sudah jumpa rumah sewa yang berpatutan harganya. Sebelum ni suamiku hanya menyewa bilik, duduk rumah teres ngn orang lain la. Maklumlah kat Penang bukan senang nak cari rumah sewa yang ok harganya. Jadi memang rasa seronok dan syukur. Pasal pemilihan appartment sememangnya aku serahkan kepercayaan sepenuhnya kepada suamiku. Insha Allah pilihannya pasti memuaskan hati.

Jadi sementara aku masih di Jerman, aku akan menghadiahkan suamiku dan diriku sendiri hand mixer dari Braun dan set pisau dari WMF 😉



2 hari semalam aku jumpa set mixer ni kat amazon.de dengan harga 60€. Memang nak belilah sebab tu dah kira murah, normal price lebih kurang 90€. Sekali semalam, harganya naik jadi 69€. Sedih betul masa tu. Amazon ni harga barangan elektronik memang senang nak naik turun. Jadi semalam aku cari lagi dan akhirnya jumpa kat redcoon.de harganya 63€ termasuk postage. Tip2 kat sini, kalau beli online, carilah coupon kat internet, untung2 dapat discount lagi. Jadi setelah mencari, alhamdulillah aku jumpa coupon 6€. Jadi harga terakhir mixer tu 57€.

Lepas ni aku bolehlah buat ABC, Ice blended, Milkshake, Cream, Sup dan sebagainya untuk suamiku tersayang. Nanti kalau kawan2 datang rumah pon bolehlah nak demand 🙂 … Braun ni kiranya brand yang sangat aku yakin dengan kualitinya. Selama 4 tahun aku guna hand mixer braun, memang puas hatilah.

Set pisau ni pula aku beli dengan harga 25€ setelah menggunakan points di payback.de. Harga normal lebih 50€. Dah lama sangat aku teringin nak ada barang dari WMF tapi tak mampu nak beli sebab mahal. Kalau lalu tepi kedai WMF tu best tengok barang dapurnya, moden dan kemas.

Balik summer ni bolehlah bawak balik barang2 ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress