Alatan asas untuk sulaman benang

Fabrik:

Apa2 jenis fabrik sesuai untuk sulaman benang. Lebih lembut fabriknya lebih sukar untuk menyulam

Embroidery hoop (Ram):

Ram sangat penting untuk memastikan sulaman dapat dilakukan dengan kemas. Terdapat ram dalam bentuk bulat dan juga petak.

Jarum:

Jika diteliti mata jarum untuk menyulam, ianya lebih panjang berbanding jarum biasa. Jarum menyulam mempunyai saiz yang berbeza. Lebih halus jarumnya, lebih tinggi saiznya. Penggunaan saiz jarum bergantung kepada jenis sulam yang mahu dilakukan

Crewel needles:
mempunyai panjang yang medium

Sharp-pointed needle:
mempunyai saiz 1 hingga 10 dan digunakan untuk sulaman yang halus.

Chenille needle:
mempunyai saiz 14 hingga 26 dan juga digunakan untuk sulaman yang halus tetapi lebih panjang, lebih tebal dan mata yang lebih besar, sesuai untuk benang yang lebih besar.

Tapestry needle:

mempunyai saiz 14 hingga 26, sesuai untuk menjahit atas kanvas.

Benang:

Stranded Cotton (Stranded Floss):
Agak berkilat dan mempunyai 6 helai benang yang boleh dibahagikan mengikut ketebalan yang diperlukan.

Pearl Cotton:
Twisted, mempunyai 3 saiz (3,5,8) dan hanya mempunyai 1 helai , tidak boleh dibahagikan. Semakin besar saiznya, semakin halus benangnya.

Soft Cotton:
Benang ini hanya mempunyai 1 helai dan lebih berat.

Pure Silk:
Benang ini berkilat. Terdapat dalam jenis stranded atau twisted. Benang ini lebih mahal dari yang lain, lebih sukar untuk digunakan dan memerlukan penjagaan yang lebih teliti.

Jika boleh gunakan benang yang bermutu tinggi bagi memastikan kerja tangan kita cantik dan tahan lama. Antara benang yang bermutu adalah DMC, Anchor (Coats).

Eraseable Marker Pen:
Pen ini boleh digunakan untuk melukis atas kain dan boleh dihilangkan setelah kain dibasuh.

atau boleh guna

Water Soluble Film:
Merupakan plastik nipis yang akan hancur bila direndam dalam air. Jadi kita boleh lukis atas plastik ni, diletakkan atas kain bersama ram dan dijahit bersama2. Bila dah siap, boleh rendam kain dalam air biasa dalam beberapa minit. Selepas itu plastik tersebut akan hilang. Antara film yang boleh dibeli ialah Madeira Avalon Water Soluble Film.

Kesemua benang dan film aku beli dari Ebay.de dan Ebay.co.uk kerana harganya yang lebih murah.

Contohnya:

1) Madeira Avalon Water Soluble Film – 0,50 x 1 m bersamaan 1,80 €
2) DMC Embroidery Cross Stitch Thread Floss (8 metres in length of 6 strand) – 100 skeins bersamaan 30€
3) Anchor Embroidery Pearl Cotton No.8 (10gms each ball, approx 85m) – 10 balls bersamaan 5€

7 thoughts on “Alatan asas untuk sulaman benang

  1. asma

    wah..bagusnye..dh blh start dhtu sulam benang plak..buat bunga2 kecik kt kain tudung..campur ngan manik2..cantikk..(“,)

  2. hudaahmad

    skang teh tgh sulam kat jubah seluar..teh campur sikit 2 ngn manik…kain tudung xde yg sesuai nak sulam….kena balik msia beli kain tudung kosong pulak..;)

  3. asmalukman

    ooo..senang x sulam benang?x sabar nak tengok hasil jubah seluar teh tu..rajin betul teh ni..k.sma buku ni dh berhabuk..tggu alatan jahit x beli2 lg..sedishhhhh sgt..huhu..

  4. hudaahmad

    teh rasa lebih kurang cam cross stitch, cuma sulam yg ni xyah ikut step by step cam dlm pattern cross stitch, pastu nak wat design sndiri sng. cara2 jahit pon lebih byk boleh pilih, tp nak pakar tu mkn masa sikitlah..benang pon boleh duna benang cross stitch tu

  5. asma

    ooo..gitu..k.asma br jumpa kdai jual alat2 jahit kt tmn u sini..ingt nk try masuk mggu depan,intai2 ape yg ade..x sbr nk start wat jugak..brkobar2 tgk teh asyik update bnda br..hehe..

  6. asma

    hehehe..jangan jeles aidil..hal org pompuan..kihkih..hobi baru ni..x sangka kan,huda kita ni ade byk bakat terpendam..bertuahnye laa cik abeng..(“,)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!