Hasil sulaman pertama

Alhamdulillah setelah berhempas pulas selama beberapa hari akhirnya hasil sulaman benang pertama ku siap sepenuhnya. Lenguh habis tangan ni nak jahit satu persatu. Nak kata kemas sangat tu taklah, tapi bolehlah diterima sebab first time jahit.

Inilah jubah yg telah dihiasi oleh bunga2 sulaman.



Yang gambar bawah ni sulaman bahagian atas baju. Aku pon xdelah sulam sampai ke leher sebab bila pakai tudung, tutup jugak bahagian tu.

Yang ni sulaman pada bahagian bawah. Kat bawah banyak sikit manik2.

Yang lagi penatnya jahitan ni sebab kena buat pattern yang sama, sebelah kanan ngn sebelah kiri. Aku ni bila bab pattern sama ni jadi jemu sikit.
Pastu jahitan aku ni tetap juga kena letak warna pink, dah try dah nak letak warna lain, tapi mata tak mau terima. Daun pon aku takleh letak warna hijau sebab aku ni kurang gemar corak daun warna hijau. Warna lain xpe. 😉

Yang kat bawah ni plastik yg telah dilukis corak sebelum dijahit bersama2 baju.

6 thoughts on “Hasil sulaman pertama

  1. hudaahmad

    tulah, sronok pulak berjaya menghabiskan sulaman sebanyak ni. Tapi teknik yg teh guna x byk sebab tak brapa nak pandai.

    Bunga kuning tu teh tinggal kosong sebab kadang2 tengok balik cantik pulak bunga yg kosong tu berbanding yg ada manik…Jahit sndiri leh wat suke hati je 😉 .

    Plastik tu letak bahagian depan fabrik sbb jahit dr dpn.

  2. asma

    masya Allah..cantiknye..x sangka smpai tahap ni hasilnya..memang cantik sangat teh..(tabik spring..)
    ni br first time..lama2 lg,kompom lg meletup..fuh..cantik!..cantik!!..:)

  3. asma

    bunga kuning besar 2kuntum yg plg atas tu mmg sengaja tggl kosong ke kt tgh nye?
    plastik tu letak atas fabrik depan la yea,,sbb jahit dr depan kn?bukan dr belakang(terbalik kain)..kn?
    cantik la teh..xpuas tgk ni..

  4. ros

    salam..cantik dan kemas wlupun pertama kali..nk tanya plastik yg guna tu plastik apa ye? mmg khas untuk lukis ke? nk bli d mn? tq

  5. hudaahmad

    plastik tu water soluble film, memang khas utk lukis b4 jahit sama2 dgn kain..bila rendam dalam air, plastik tu akan hancur.. Plastik ni ada byk brand. Yg ni Madeira Avalon Water Soluble Film. Ada jugak dari Solvy dan DMC rasanya. Dijual mengikut meter atau dah siap pack dlm plastik. Kadang2 pen yg khas utk plastik ni dijual sekali. Satu lagi plastik jenis yg cair bila diseterika, tapi tak bahaya lah. Kalau kat Malaysia try tgk kat kedai2 yg jual barangan sulam atau kat supermarket bahagian menjahit. Yg ni saya beli kat Ebay jerman, sebab saya tinggal kat jerman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!