Switzerland Part 3 (Zermatt)

Sambungan dari Part 2

Dari Interlaken kami ke Zermatt dengan menaiki GoldenPass Line . Perjalanan ke Zermatt lebih memukau pandanganku dengan keindahan gunung ganang yang putih dilitupi salji, sungai yang airnya tenang dan keunikan perkampungan kecil di sepanjang perjalanan. Tambah2 lagi train GoldenPass ni special dari train lain sebab cerminnya sangat luas, sesuai untuk melihat pemandangan sekeliling. Zermatt dipanggil no-Vehicle city kerana tidak ada kenderaan yang menggunakan bahan bakar minyak disana. Semua kenderaan menggunakan elektrik, jadi lain sikitlah rupa kereta kat sana. Memandangkan geografinya yang bergunung ganang dan bersuhu rendah, Zermatt merupakan destinasi penting untuk winter sport dan antara yang mahal jugak. Tapi kami takdelah main ski sebab tak pandai. Pass untuk Ski lift pon mahal. Kebanyakan laluan main ski kat sane adalah curam,  tak sesuai untuk beginner. Gunung Matterhorn(tengah dalam gambar) yang terletak di Pergunungan Alpen Valais dan Pennines di sempadan Itali merupakan gunung yang terkenal di Switzerland kerana kecantikannya dan menjadi salah satu mercu tanda Switzerland.

Walaupon season untuk winter sport belum peak, memang ramai sangat orang kat sana. Kami menyewa studio selama 2 hari, jadi makan malam boleh masak dalam bilik la. Nak beli kat luar memang mahal. Makanan kami di sana hanyalah roti dan juga pasta. Sewa bilik pon dah mahal, maka kami mesti berjimat cermat.

Hari pertama sampai, kami hanya berjalan2 di sekitar Zermatt. Memandangkan matahari bersinar2, takdelah sejuk sangat. Gambar yang bawah kiri tu merupakan rumah dan stor menyimpan bekalan makanan untuk musim sejuk melampau.

Keesokan harinya kami bercadang untuk bermain toboggan tapi sayangnya laluan tobboggan belum dibuka dan mungkin tidak akan dibuka pada hari tersebut. Sedihlah jugak. Laluan2 ini dibuka jika kerja2 meratakan laluan sudah siap. Hanya laluan ski sahaja yang dibuka, jadi kami berfikir2 untuk buat aktiviti lain. Nak pegi Gunung Matterhorn pon x mampu sebab mahal nak naik keretapi. Akhirnya kami membuat keputusan untuk nordic walking dari Blauherd ke Fluhalp dan dari Fluhalp dan patah balik ke Sunnega dan terus sampai Zermatt. Masa muda2 macam ni lah nak ambil peluang yang mencabar ketahanan mental dan fizikal ;). Mana tak nya baru start 10 minit dah rasa menggigil-gigil. Masa tu suhu lebih kurang -9° dan angin memang kuat sangat. Pakaian kami pulak tak begitu lengkap walaupon baju dah tebal sebab kasut tak kali air dan tak cukup tebal. Poles yang kami pinjam tu memang membantula memudahkan perjalanan kami, nasib baik free. Dalam perjalanan tu kami terserempak la dengan kambing2 yang mencari makanan(rumput kering). Kalau jalan masa summer, boleh tengok tumbuhan2 dan tasik kat atas tu. Kami sampai ke Fluhalp setelah berjalan selama 1 jam lebih. Walaupon penat, rasa syahdu sangat dapat menikmati pemandangan gunung-ganang.

20 minit berehat disana, kami patah balik ke Blauherd dan teruskan perjalanan ke Sunnega. Perjalanan kali ni memang lebih mencabar sebab laluan kami sama dengan laluan ski, jadi kena hati2, tambahnya tak ramai yang buat aktiviti ni. Kami hanya mengikuti bekas tapak kaki sebab arah petunjuk tak begitu jelas. Peta yang ada sedikit sebanyak membantulah jugak. Kat kawasan tertentu kedalaman saljinya hampir mencecah pinggang menyukarkan lagi perjalanan. Mungkin juga laluan kami tu tak betul. Kadang2 tu bila terfikir balik, tak sangka aku sanggup lalu kat tempat macam tu sebab laluan ke Zermatt tu di macam bahaya sikit. Kat tepi tu memang curam, pastu takde pagar. Memang kena jalan dengan hati2 lah memandangkan kasut kami tak begitu sesuai untuk berjalan atas salji. Gambar 2 yang atas tu merupakan perjalanan kami dari Sunnega ke bandar Zermatt. Gambar bawah kanan tu tempat persinggahan kat Sunnega.

Sampai kat studio kami berdua  pengsan terus sebab penat sangat. Esoknya kami bertolak ke Basel dan kemudiannya dari Basel ke balik ke Gelsenkirchen.

Kenangan di Switzerland merupakan kenangan terindah aku dan suamiku kerana bagitu Switzerland merupakan negara tercantik di Eropah yang pernah ku lawati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!