Baju kurung sulaman benang

Baju ni asalnya memang kosong, dah lama baju ni ada cuma jarang pakai. Disebabkan baju ni dah lama, beranilah nak hias banyak2. Baju ni siap dijahit masa kat Jerman tapi semalam baru ambil gambar. Banyak teknik baru yg aku belajar masa jahit baju ni jadi makan masa yg lama jugak nak siap, hampir 1 minggu. Kali ni aku lukis corak guna soluble pen. Geram jugak ngn pen tu sebab cepat betul lakarannya hilang.



Aku cuba sedaya upaya letakkan warna yg seakan2 ngn kainnya. Mujur warna2 tu ada dalam koleksi benang. Lepas siap jahit semua ni rasa penat sangat badan sebab memang pulun sungguh.

Bunga yang besar ni dijahit menggunakan teknik whipped back stitch untuk tebalkan garisan tu dan dimeriahkan dengan manik2 kecil.

Di hujung lengan dijahit dahan2 dari teknik chain stitch dan stem stitch. Dahan2 pula dihiasi dengan rose dari bullion stitch.

Bahagian bawah ni aku tak berapa reti nak penuhkan, tu yg ada macam2 jenis bunga. Bunga kelopak 5 ni dari teknik bullion stitch. Nak bagi penuh lagi, aku jahit bunga teratai dengan manik.

Kawasan2 yg nampak agak kosong kat kawasan bunga2 tu aku penuhkan dengn french knot sebab senang nak jahit. Boleh jugak digantikan dengan manik2 kecil cuma kalau guna manik remeh sikit.

3 thoughts on “Baju kurung sulaman benang

  1. asmalukman

    meriah sakan..harmoni je warna benang dan baju…dlm byk2 ni,mesti teh tau yg mana k.asma suka kn?hehehe..teratai n..yg besar skit tu paling comel..dahlia yea?xpernah buat lg..comel sgt dia kembang n kombinasi labuci2 tu..daun pn lawa..thumbs up utk teh..(“,)

  2. hudaahmad

    minat sungguh k.asma ngn teratai tu. yg besar tu teh pon x tau bunga ape, tapi kelakar jugak sebab manik kat tgh tu kecik. kalau besar lagi, baru cantik. cara jahit same ngn teratai kecik tu cuma kena tambah saiz ngn labuci. kalau nak cantik kena guna 2 saiz labuci tu tp teh guna 1 saiz je.

  3. asma

    a’ah..teh sebut br la perasan manik tengah dia kecik skit..hihi..terpesona ngan warna labuci dan kelopaknya,xnmpk dh yg lain2..tp mmg comel bunga tu..teh buat selapis pun dh meriah kembangnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!