Menggubah hantaran tunang

Sampai Dungun haritu demam ku makin tinggi. Risau jugak kalau kena H1N1 sebab kat Penang haritu aku pegi PC Fair, memang senang nak dijangkiti. Disebabkan aku dah janji ngn adik (Usop) nak tolong gubahkan hantaran tunang utk kawan dia, aku kuatkan juga diri pegi beli brg nak gubah tapi bila sampai rumah dah tak larat langsung nak buat apa. Makan panadol terus tidur. Malam baru start buat sikit2, tapi still tak larat. Jadi Usoplah yg kena buli pasang renda kat polystrin. Walaupon sikit je, hebat jugaklah boleh buat.
Esokkan harinya Usop jugaklah kena buli bawak daku ke klinik sebab mmg rasa dah x larat sgtlah. Barang pon tak gubah lagi. Alhamdulillah doktor kata demam biasa. Ubat memang byk btul dapat. Bila dah makan semua ubat, dah tidur, Allah kurniakan balik kesihatan. Demam dah lega, cuma batuk je tinggal. Jadi petang tu barulah aku start menggubah hantaran ni.

Tema yang dipilih adalah warna pink, jadi mudah sikitlah nak buat sebab kena ngn mata ni. Inilah hasilnya:



Yang ni telekung. Elok2 je warnanya pink dan ada bunga2 kecil pulak.

Ni kain untuk dijadikan baju nikah nanti. Aku main hentam je gubah ni.

Gelas, bekas cincin dan juga cincin tu hanya hiasan sebab nak ambil gambar. Tu cincin tukang gubah ni 🙂

Dan yang ini ialah beg galas.

Semua barangan untuk menghias berharga RM60

2 thoughts on “Menggubah hantaran tunang

  1. asma

    kena demam jugak teh??hemp..yealah,skrg ni demam2 ni nak kena jaga2 skit..
    waaa…kreatif sungguh buat gubahan hantaran yea..comei..comei..(“,)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!