Kehidupan

Solat terawikh

Alhamdulillah bersempena Ramadhan di Malaysia ni dapatlah ku solat terawikh berjemaah di surau dan masjid.

Di Jerman terawikh hanya ku lakukan seorang diri di malam yg sunyi. Cuma waktu first year dulu aku ngn geng2 Gelsenkirchen selalu jugak ke masjid utk terawikh, siap naik tram lg sebab jauh, betapa semangatnya kami. Masjid yg kami pergi dipenuhi org Turki dan imamnya juga Turki rasanya.

Yg kelakarnya, kami tak selidik dulu macam mana mereka solat terawikh. Mereka ni boleh dikatakan solat ekspress, laju sangat2 sampai berpeluh2 solat dalam masjid tu. Terawikh nya, kalau kita setiap 2 rakaat akan berhenti, mereka berhenti selepas 6 rakaat. Memang tak sangka, ingat lepas 2 rakaat tu nak bagi salam dah, sekali imam tu bangun lg, jadi sangkaan ku mesti 4 rakaat ni. Tiba2 lepas rakaat ke 4, imam tak bagi salam jugak. Lepas tu tak dapat agak dah berapa rakaat sebenarnya. Nasib baik lepas 6 rakaat tu bagi salam. Yang seterusnya juga 6 rakaat diikuti 4 rakaat dan 4 rakaat.

Selalunya selepas solat terawikh kami akan makan apple pie kat McD sementara nak tunggu tram sampai. Seronok jugak la ada pengalaman solat terawikh dengan org2 Turki.

Sempena kedatangan Ramadhan ni sama2lah kita meningkatkan amal ibadah, kurangkan pembaziran dan menjaga tingkah laku kita. Amin

2 Comments

  • iLhAm
    August 24, 2009 - 03:40 | Permalink

    ~Selamat berpuasa Huda sekeluarga ­čśí ~

  • hudaahmad
    August 25, 2009 - 03:17 | Permalink

    Selamat berpuasa juga Ilham

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress