Bazar Ramadhan vs Nasi Ayam Periuk Besar

Hari ni kali pertama kami membeli makanan untuk buka puasa di bazar Ramadhan sebab ada hal nak kena buat kat luar. Sebelum ni kalau pergi pon, beli air tebu je. Memang seboleh-bolehnya taknak pergilah untuk mengelakkan pembaziran, yelah nanti macam2 teringin nak mkn.

Jadi aku pon belilah nasi ngn lauk. Aku amik ikan keli goreng medium size, seekor udang medium size dan sayur lemak. Sekali dia cakap RM10. Ya Allah, aku memang terkejut yg amat sampai tak terkata apa2. Tak pernah aku makan nasi putih ngn lauk mcm tu mencecah RM10. Jadi sayangku tanyalah penjual tu sekali lagi, dia kat ikan keli RM4, udang seekor RM4. Emm, memang mahal lah berbanding makan kat restoran sedangkan gerai ni takyah sediakan tempat utk org mkn, pinggan pon takde, sepatutnya boleh turunkan lagi harga tu.

Semalam pulak kami makan kat Nasi Ayam Periuk Besar, dah lama dah sayangku nak bawak makan situ. Memang sedap nasi ayamnya, ditambahkan dengan mood restoran yg menenangkan. Ada byk jugak jenis2 ayamnya iaitu Nasi Ayam Dot Mai, Madu, Panggang dan Kampung. Ayam pon besar dan harga sepinggan nasi ayam adalah lingkungan RM5.80 . Walaupon mahal dari kat gerai, rasanya jauh beza dan ayam pon lagi besar. Jadi aku puas hati makan kat situ berbanding beli nasi lauk kat bazar Ramadhan tadi. Nasi Ayam Periuk besar ni memang byk cawangan nya terutama di Utara. Jadi nanti bolehlah kawan2 try ye.. Memang berbaloi 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!