cuti merdeka

Cuti merdeka kali ni kami balik terengganu. Semua balik Terengganu kecuali 2 adik yg last. Mula2 tu kami ingat nak balik ngn bas, tetiba sayangku nak beli kereta proton saga yang second hand (dah 1 thn setengah n auto). Kalau nak beli yg baru rasa tak berbaloi sebab parking kat sini bukan dalam pagar, jadi kalau calar ke takdelah tension sgt. Jadi 20 Ogos (khamis) kami pegi tengok kereta tu. Memang nak beli dah ni kiranya, tanya seller tu agak2 berapa lama leh approve loan, jawabnya mungkin 1 bulan. Bila dah dengar camtu rasa macam tak jadi lah pulak nak beli.

Balik tu lepas fikir2, kami jadi jugaklah nak beli dengan harga RM31,500 selepas tawar menawar. Sabtu tu terus pegi transfer loan kat Public Bank Shariah, alhamdulillah sebab manager tu sanggup buat hari Sabtu walaupon Sabtu bank hanya dibuka untuk urusan yg simple je. Kata manager tu dalam 2 hari loan boleh approve.

Isnin petang sayangku dapat sms, loan dah approved, alhamdulillah. Selasa seller hantar kereta ke Puspakom untuk check kereta, Rabu kami ambil kereta, Khamis insurans selesai dan Jumaat dapatlah kami balik Terengganu dengan kereta. Memang cukup2 saje masa tu. Alhamdulillah semuanya selesai dengan pantas atas kerjasama kami semua. Jadi inilah kereta pertama keluarga kami.. Puas hatilah jugak sebab kereta ni nampak jarang digunakan. Seller tu pon nak jual sebab dah dapat kereta company.

Rasa seronok sangat boleh jumpa nenek, baba n mama, adik-beradik, ipar duai dan anak2 sedara. Ya Allah, lamanya tak jumpa diorang. Hari Sabtu pulak kami buat rombongan merisik ke Besut utk adikku. Seronok sangat sebab nilah kali pertama aku mengikuti rombongan merisik. InsyaAllah, jika ada jodoh mereka, dapatlah aku sorang lagi adik ipar, meriahlah lagi keluarga kami. Amiiin.

Ahad tu kami hanya dirumah bermain ngn 2 budak comel ni. Yang sorang tu riang ria, yang sorang lagi tu takleh berenggang ngn ibu abahnya. Seronok tengok gelagat budak2 ni terutamanya bila berebut barang.

Inilah Farisha Areena, tapi ni gambar kat rumah daddy n mummy areena.

Yang ni pulak Iffah kat rumah abah n ibunya.

Seronok sangat melayan girls yg comel ni sampai x sempat amik gambar haritu.

Isnin pagi sorang demi sorang pulang ke rumah masing2. Sunyilah rumah tu jadinya.

2 thoughts on “cuti merdeka

  1. iLhAm

    hudaaa….anak buah sangat cuteeeeeeeeeee!!!!!!
    gerammmnyaa…rasa nak cium2…hehe
    btw…tahniaahh!!!
    dah ada keta baru n nak dapat adek ipar lagi =).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!