Makanan dan resepi

Resepi: Nasi Arab

Hari ni aku mencuba satu resepi baru yg memang dah lama sangat aku nak masak. Nasi Arab ni memang salah satu nasi kegemaranku tapi hari ni baru nak try masak.


Bahan2:

  • 4 cawan beras
  • stgh kg ayam dipotong besar
  • 1 ulas bawang besar dipotong dadu
  • minyak olive
  • 1 kulit kayu manis
  • 4 bunga lawang
  • 4 cengkih
  • 4 buah pelaga
  • stgh sudu kecil jintan manis
  • serbuk lada hitam
  • cili padi (jika mahu pedas)
  • 4 sudu besar tomato paste
  • garam
  • gula
  • sayur kacang atau kismis atau prun (mengikut selera)
  • daun ketumbar

cara2

  • Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga garing
  • masukkan ayam, garam, gula dan semua rempah ratus
  • masukkan tomato dan kacau sehingga ayam separuh masak
  • masukkan air dan beras, biar sehingga masak
  • masukkan sayur2 tadi dan juga daun ketumbar dah tutup periuk.
  • bolehlah dihidangkan

Nasi Arab ni senang nak masak sebab segala2nya dalam satu periuk sahaja, nak kemas pon senang nanti..Tapi gambar tu tak cantik pulak.

2 Comments

  • fizah
    October 17, 2009 - 10:40 | Permalink

    teh,sdapnye nmpk..
    fizah teringin nk mkn nasik arab lg,
    nnt nk tryla=D

  • huda
    October 17, 2009 - 13:55 | Permalink

    fizah trylah, senang je nak wat nasi arab ni. Tapi kalau simpan dalam peti, pastu panaskan hilang sikit sedapnya…kalau makan time baru siap tu memang sedap

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress