Kehidupan Kisah Tulip Petals

Dapat Duit Dengan Mudah?

  • Formula Duit Senang tanpa Modal & Produk
  • Jika Anda Sedang Mencari Peluang Buat Duit Di Internet Dengan senang dan cepat , Maka Inilah Tempatnya!!!
  • Biz online yang paling senang dpt duit banyak!
  • “Bagaimana Menghasilkan SehinggaRM1,000 Sehari Dengan Internet Walaupun Tanpa Produk Dan Tidak Tahu Internet Langsung!”
  • Internet Adalah Lubuk Kekayaan!
  • “15 Minit Sahaja Dah Dapat Duit’

Sekarang kat mana2 saja kita boleh jumpa iklan2 sebegini, kononnya internet  merupakan tempat yang sangat strategik untuk mendapat wang dengan pantas, mudah dan banyak. Jika begini senang untuk dapat wang, semua orang nak tapi kita perlu hidup di alam yang realiti. Tidak ada pekerjaan yang mudah di dunia ini! Kadang2 rasa tension jugak tengok iklan2 sebegini bukan main banyak lagi sekarang.

Bolehkah seseorang itu tanpa ada ilmu pengetahuan dalam bidang IT boleh mendapat duit dari teknologi ini? Imposible! ! Tanpa ilmu dalam sesuatu bidang, kita tak mungkin boleh berada dalam bidang tersebut apatah lagi berjaya dalam bidang tersebut.

Klik, dapat duit. Memang benar ada kaedah yang macam ni seperti Adsense dan sebagainya. Namun ianya juga bukanlah mudah seperti yang diheboh2kan. Jika mahu Adsense diklik dari blog, blog perlulah mantap dan traffic tinggi. Topik yang ditulis dalam blog tersebut juga perlulah yang berpotensi untuk Adsense. Selain itu, janganlah empunya blog klik sendiri ads yang ada bertujuan untuk mendapat duit, fikirlah bahawa mereka yang melanggan Adwords tu bukan senang2 nak keluar duit untuk buat iklan. Sekali orang klik, mereka perlu bayar sekurang2nya  €0,10 bersamaan RM0.50.

Affiliates:  Kaedah ini juga sememangnya boleh menjana duit, namun blog juga perlulah mendapat traffic yang tinggi dan empunya blog perlulah promote website affiliate tersebut, barulah orang lain berminat untuk singgah ke website affiliate tersebut. Jadi kerja perlu dilakukan untuk mendapatkan duit.

Sesiapa yang telah berjaya mendapat duit dengan mudah, tanpa modal, dan pantas tolong buktikan secara jujurnya. Kalau setakat tunjuk duit masuk dalam akaun berlambak2, susah nak percaya.

Kesimpulannya kita perlu berusaha untuk mendapat rezeki yang halal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress