Mula menjadi ahli Ebay

Ebay seperti yang diketahui tempat yang sesuai untuk membeli barang yang lebih murah berbanding di luar dan juga tempat yang sesuai untuk menjual produk.

Aku mula menjadi ahli Ebay pada tahun 2006 sebab nak beli cermin besar. Waktu tu pengetahuan pon memang sikit sangat, nak bid pon tak berapa nak pandai. Beberapa kali bid pon tetap kalah, dan akhirnya give up, terus beli Sofort Kaufen( Buy it Now). Lepas tu ingat ke Ebay ambil duit automatik  dari akaun bank yang ditulis dalam profil. Dah beberapa lepas tu baru tahu, kena transfer duit sendiri. Nasib baik seller tu ok je. Bila cermin tu dah sampai rumah, memang seronok sangat2, inilah barang pertama yang ku beli secara online. Dah buka kotak tu, ya Allah retak seribu dah cermin tu. Memang gabra sangat, cermin tu mahal tau, lebih €30. Dah tak tau nak buat apa, aku terus call DPD( Yang pos cermin tu). Lepas tu dia kata, dia takleh buat apa2, kena kontak seller. Kelakar pulak bila ingat balik tindakan ku yang melulu tanpa berfikir. Lepas tu aku email lah seller, tapi dia tak reply2. Beberapa hari lepas tu aku email lg, dia kata, dah hantar yang baru. Lega hari ni.. Bila dah dapat tu, seronoknya cermin dalam keadaan baik dan cantik. Rupa2nya senang sahaja nak membeli di Ebay ni, kalau barang tak sampai ke, rosak ke ada jalan penyelesaiannya.

Sebenarnya ada cara nak bid automatik di Ebay ni. Tambah2 kalau kita nak beli sangat barang tu, tapi kita takde kat depan komputer masa tu.. Memang ada cara nya tapi nantilah cerita.

Perkara yang perlu diambil kira sebelum membeli di Ebay:

  • Bandingkan harga dengan seller lain dan juga kedai selain Ebay seperti Amazon.
  • Tengok feedback yang diperoleh seller. Kalau lebih 97%, insyaAllah selamat
  • Perhatikan betul2 samaada barang yang dijual betul2 di negara tersebut ataupon sebenarnya di Hong Kong, Cina dan sebagainya. Info ini selalunya boleh didapati di dalam Feedback yang negative atau neutral. Kalau seller tu bertanggungjawab, dia dah tulis siap2 dalam description. Jika barang tersebut dari Hong Kong atau China, barang tersebut akan sampai selepas 2 minggu barang di bayar.
  • Untuk mengetahui kualiti barang juga boleh didapati dalam feedback.
  • Description yang diberi seeloknya bacalah dengan habis, manalah tahu ada perkara tertentu yang boleh memberi masalah kepada kita nanti.
  • Untuk barangan yang mahal seleeloknya bayarlah menggunakan Paypal, kerana jika berlaku penipuan, duit tu boleh kita dapat semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!