Musim luruh di Gelsenkirchen

Gelsenkirchen ni sebenarnya lengkap perkhidmatan bas dan tram, jadi basikal tu takdelah diperlukan sangat tapi 3 tahun lepas aku beli gak basikal, kononnya nak gi jalan2 kat tamanlah, tapi kadang2 je pergi.

Inilah garage tempat simpanan basikalku, terletak kat belakang rumah.

Siapa boleh teka yang mana satu appartmentku? 😉

Yang atas ni jalan yang kulalui untuk ke pejabar pos dan juga tempat beli belah barangan keperluan. Jalan ni antara sekolah rendah dan tadika. Kalau naik basikal masa budak2 ni rehat, memang ramai lah yang bermain2 kat tengah2 ni.

Tempat ni memang pentinglah dalam kehidupanku sehari-harian. Ada REWE (tempat beli barangan dapur), Bank, Pos Office, kedai ayam daging halal, dan sebagainya.

Macam ni lah rupa pokok2 bila dah musim luruh..Memang cantik. Aku sebenarnya memang suka sangat pemandangan musim luruh sebab warna daun-daun merah kekuningan. Tapi masa ni daun-daun kering memang bertaburan kat jalan. Kalau berangin tu, habis terbang daun-daun.

Ini pemandangan appartment dari depan rumah. Siapa boleh teka mana satu rumahku?

4 thoughts on “Musim luruh di Gelsenkirchen

  1. huda Post author

    sapa hati usop kate hok plg hudoh…salah…gmbr yg atas tu tak nmpk pon appartment teh sebab apptmnt teh bahagian depan …..tapi blok yang cantik tu lah…yg ada byk pokok tu ha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!