Makanan otak dan rohani

Wanita moden

Fall Trend 2009

Perkataan “moden” yang sering diulang dalam televisyen, dibaca di majalah dan didengar di radio adakah untuk menjadikan wanita itu lebih dihormati atau untuk terus menerus menjatuhkan martabat wanita?. Kita sering ditunjukkan bagaimana untuk menjadi wanita moden, melalui penampilan, pililhan gaya hidup dan sebagainya. Modenkah wanita2 barat yang rata2 sentiasa mendedahkan diri mereka kepada tatapan umum? Modenkah kita jika kita sentiasa membuat penampilan berdasarkan fesyen terkini? Majalah2 sering mempertontonkan fesyen yang kononnya  sesuai pada masa kini mengikut musim bunga, panas, luruh dan sejuk dan kita tanpa berfikir panjang terus menerus mengikut apa yang ditetapkan mereka. Wanita sebenarnya telah menjadi mangsa golongan2 ini yang mempergunakan wanita untuk mendapat keuntungan kerana wanita sememangnya mempunyai daya keinginan yang tinggi terhadap kecantikan. Mana taknya, mereka telah mencorakkan wanita yang cantik adalah begini dan begini. Jika trend mereka tidak diikuti , ,wanita tersebut dianggap ketinggalan zaman. Siapakah mereka untuk mengatakan kita outdated jika kita tidak berada dalam kelompok yang mereka corakkan?

Lihat sahaja lah cara mekap yang mereka corakkan pada wanita. Wanita yang tidak bermekap dianggap tidak pandai bergaya, tidak menarik dan sebagainya. Maka wanita sanggup menghabiskan wang begitu banyak supaya muka mereka sentiasa dimekap sebelum keluar rumah. Siapa yang untung? Sudah tentu pengeluar produk2 ini yang untung. Kalau setakat nak menaikkan seri muka tak mengapalah.

Wanita sememangnya perlu utk tampil kemas, bergaya di luar dan rumah  tetapi mestilah mengikut syariat Islam dan tidak terus2 menjadi mangsa pihak2 begini yang hanya mahu mengaut keuntungan.

Selain itu, wanita juga sentiasa di pergunakan dalam iklan2 samada di televisyen, majalah dan papan2 iklan. Terangkat kah martabat wanita?. Iklan ditonton oleh lelaki dan wanita tetapi kenapa lebih banyak wanita yang dilihat dalam iklan2 elektronik, telefon, rumah, komputer, kereta, makanan dan banyak lagi. Pelik bukan? Syampu dan sabun digunkan oleh lelaki dan wanita tetapi kenapa wanita  yang hanya tertutup sedikit badannya juga ditayangkan dalam iklan.  Jadi boleh la dikatakan bahawa secara tidak langsung wanita dijadikan bahan dagangan untuk kepentingan produk2 mereka.

Wahai wanita, janganlah engkau membiarkan kecantikan yang dikurniakan Allah dipergunakan oleh pihak2 sebegini kerana ianya tidak menaikkan martabat wanita malah menjatuhkan. Janganlah kerana mahu menjadi moden seperti yang diperkatakan mereka, sanggup menolak suruhan2 ajaran Islam dan terus menerus melakukan perkara yang dilarang dalam Islam.

Jadi  moden ni bagaimana sebenarnya ya?? Bagiku moden adalah langkah2 memajukan diri sendiri, pemikiran, kehidupan ke arah yang lebih baik dan bukanlah langkah2 meniru apa yang ada di barat. Semoga kita sentiasa berusaha memodenkan diri kita sendiri tanpa terpengaruh dengan moden yang ditunjuk oleh barat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress