Kisah Tulip Petals

Ebay tidak adil kepada penjual

Tahun 2009 banyak perubahan yang Ebay lakukan untuk menjaga pembeli namun telah menyebabkan kesusahan kepada penjual. Perubahan yg berlaku di ebay.de adalah:

  • Menghadkan kos penghantaran mengikut jenis penghantaran. Ini menyebabkan sesetengah penjual terpaksa mengambil kos bungkusan  dari hasil jualan. Apabila kos bungkusan di letakkan dalam hasil jualan lebih tinggi yuran ebay yang perlu dibayar. Perubahan ni sememangnya telah menaikkan keuntungan ebay dan mengurangkan profit penjual.

  • Tidak cukup dengan menghadkan kos penghantaran, ebay telah memaksa penjual meletakkan  kos penghantaran secara percuma untuk beberapa kategori beberapa bulan selepas perubahan pertama tadi dan kategori tersebut bertambah dari bulan ke bulan. Alasannya supaya pembeli tak perlu memikirkan kos penghantaran. Penjual terpaksa meletakkan kos penghantaran dalam hasil jualan dan terpaksa memulakan harga yang tinggi bagi setiap barang. Akibatnya lebih banyak yuran untuk meletak barang dan yuran hasil jualan perlu dibayar penjual, seterusnya menguntungkan ebay. Selain itu, perubahan ini menyebabkan penjual terpaksa meletakkan harga lebih tinggi dari sebelum ni dan pembeli tidak lagi mendapat harga yang murah dari dulu.
  • Bagi menjaga pembeli, ebay telah melarang penjual dari memberi feedback negatif kepada pembeli. Jika dulu, penjual boleh memberi feedback negatif kepada pembeli sekiranya pembeli membuat masalah, sekarang cuma positif atau neutral.  Namun pembeli masih boleh memberikan feedback negatif kepada penjual. Ini memberi masalah kepada penjual kerana selalu berlaku pembeli memberikan feedback negatif sesuka hati tanpa menghubungi pembeli terlebih dahulu sedangkan penjual selalunya membenarkan barang yang sudah dibeli, ditukar atau dipulangkan sekiranya berlaku masalah. Berlaku juga pembeli yang suka-suka hati membayar dengan lambat, maklumlah penjual sudah tidak boleh lagi memberikan feedback negatif.

Walaupon banyak perubahan yang tidak adil kepada penjual, masih ramai penjual yang meneruskan penjualan di ebay kerana tidak ada alternatif lain yang sama dengan ebay.

2 Comments

  • iLhAm
    December 17, 2009 - 23:52 | Permalink

    aah la uda…rugi tahu lepas tak jual buku2…
    skrang cam tak untung pun..cam buat abis tenaga jerk… =(.

    • huda
      December 18, 2009 - 13:06 | Permalink

      xpelah ilham, sekurang2 nya ada experience berniaga…manalah tahu nanti terbukak hati nak jadi peniaga pulak ke 😉

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress