Hak-hak Wanita dalam Islam

Pernah tak kita wanita ni merasakan diri kita tidak setaraf dengan lelaki atau kurang peranannya berbanding lelaki? kemudiannya kita merasakan hak2 kita lebih kecil berbanding lelaki? Sebelum kita terus berfikiran sedemikian, mari kita lihat dulu apakah hak2 wanita di dalam islam sebenarnya dan kemudian kita boleh membuat keputusa hak mana yang kita mahukan sebenarnya, samada hak2 yg diberikan dalam islam ataupon hak2 yang diberikan oleh negara2 barat.

Sebelum kedatangan Islam, wanita dianggap hamba, bahan dagangan dan harta persendirian, sangat rendah taraf berbanding lelaki serta dipandang hina. Jika diteliti keadaan wanita dalam tamadun2 sebelum ini juga, dapat dilihat bagaimana wanita dilayan dengan teruk oleh masyarakat. Dalam Tamadun Greek, wanita dikurung dalam rumah, tidak diberikan peluang untuk belajar, boleh dijadikan bahan dagangan dan tidak ada hak untuk membantah dan tidak ada apa2 hak dalam kehidupan. Dalam tamadun Rom pula bapanya mempunyai kuasa mutlak terhadap anak perempuan jika belum berkahwin dan boleh menghalau nya bila2 masa atau menjualnya. Kedatangan Islam telah menaikkan taraf wanita dan wanita tidak lagi dijadikan pengikut kaum lelaki sahaja malah mempunyai taraf yang sama dengan lelaki dan mempunyai peranan2 tersendiri. Taraf yang sama bukanlah bermaksud hak kedua2 sama tetapi nilai tersebut yang sama. Jika Allah takdirkan peranan lelaki dan wanita sama, akan berlaku konflik antara kedua2nya. Pelik juga melihat gelagat wanita sekarang yang bermati-matian mahu membuat sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah malah mengabaikan peranan yang di beri oleh Allah.

Sekarang ni ramai yang mengatakan wanita Islam disekat kebebasan dan pelbagai badan memperjuangkan taraf wanita tanpa memahami kedudukan wanita dalam Islam kerana lebih mahu menerima hak2 yang ditetapkan oleh media barat yang menjatuhkan maruah seorang wanita.

Mari kita lihat apa yang Allah beri kepada wanita.

1) Hak dalam Amalan Kerohanian

Dalam Islam jelas mengatakan wanita dan lelaki, kedua2nya boleh ke syurga Allah jika menjadi hambaNya yang taat.

Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik ia laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun. QS. an-Nisa’ (4) : 124

Dahulunya orang2 arif di Rome pernah berbincang dan memutuskan bahawa wanita tidak mempunyai jiwa. Dalam kristian pula, Hawa dipersalahkan dalam hal Nabi Adam makan buah larangan dan akibat dari kesalahanHhawa itu setiap bayi yang lahir itu menanggung dosa. Wanita pula mengalami kesakitan dalam haid dan beranak sebagai balasan seterusnya menunjukkan bahawa melahirkan anak bukan sesuatu yang tinggi nilainya. Namun Islam jelas mengangkat wanita yang melahirkan anak seperti yang tercatat dalam al quran .

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.Surah Luqman. (31):14

Mari kita lihat ayat ini

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim,
laki-laki dan perempuan yang mukmin,
laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya,
laki-laki dan perempuan yang benar,
laki-laki dan perempuan yang sabar,
laki-laki dan perempuan yang khusyuk,
laki-laki dan perempuan yang bersedekah,
laki-laki dan perempuan yang berpuasa,
laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya,
laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah,
Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.
Al ahzab: 35

Dalam ayat ni jelas wanita dan lelaki peranannya sama dlm beribadat, taat pada Allah, perlu solat, puasa, bersedekah, dan sebagainya. Namun Allah berikan kelonggaran kepada wanita. Jika haid, tidak perlu solat dan dan dalam bulan puasa wanita yang haid serta wanita yang tidak sihat semasa mengandung, tidak perlu berpuasa tetapi perlu menggantikan puasa tersebut di lain hari .

Sekiranya wanita dan lelaki berbuat dosa kepada Allah dan memohon keampunan-Nya nescaya keduanya akan diampunkan.

2) Hak dalam Ekonomi

Hak dalam ekonomi ini Islam sudah berikan kepada wanita lebih krg 1300 thn sebelum barat beri. Dalam Islam wanita yang mempunyai harta, boleh menggunakan harta tersebut mengikut kemahuannya sendiri tanpa boleh dipaksa oleh orang lain dan hak ini diberikan pada wanita oleh barat hanya bermula tahun 1870.

Tidak ada larangan untuk wanita bekerja selagi tidak bertentangan dengan syariat dan menjaga adab2 berpakaian. Banyak pekerjaan yang sememang dilarang oleh wanita juga dilarang oleh lelaki seperti menghidang arak, bekerja di tempat judi dan melakukan pekerjaan terkutuk. Banyak juga pekerjaan yang sememangnya memerlukan wanita seperti doktor sakit puan, guru, jururawat dan sebagainya. Sesuatu yang menariknya di sini, pendapatan yang diperoleh itu adalah hak wanita tersebut dan tidak diwajibkan untuk menanggung keluarga, terpulang pada wanita tersebut jika mahu. Wanita juga tidak boleh dipaksa bekerja jika tidak mahu. Indah bukan?

Mas kahwin.

Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya. an-Nisa’ (4) : 4

Apabila seseorang wanita berkahwin, suaminya perlu memberikan hadiah yang dipanggil mas kahwin. Namun berlaku juga Dalam masyarakat lain yang si suami memberikan mas kahwin yang sedikit kepada si isteri dan si siteri pula perlu menghadiahkan pelbagai barangan seperti rumah, kereta, duit dan sebagainya mengikut taraf si suami. Sudah tentu ini bertentangan dengan apa yang diajar dalam Islam.

Wanita walau kaya macam mana pon, tanggungan keluarga tetap juga pda suami. Pakaian, tempat tinggal, keperluan asas tanggungjawab suami.

Wanita juga jika ditakdirkan bercerai, masih ditanggung bekas suami semasa dalam idah dan anak2 tetap mendapat nafkah dari suami.

Dalam hal harta pusaka, wanita juga mendapat hak samada isteri atau anak2.

3) Hak dalam Sivil

Setelah kedatangan Islam, wanita telah diberikan hak2 sivil sesuai dengan sifat wanita . Mari kita tengok hak yang diberikan kepada anak perempuan, ibu dan juga isteri.

Hak Sivil Kepada Anak Perempuan

Islam melarang keras pembunuhan anak perempuan seperti dalam AlQuran.

apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, karena dosa apakah dia dibunuh, Surah At Takwiir (81): 8 dan 9

Namun sekarang masih lagi berlaku bayi-bayi perempuan digugurkan seperti di India untuk mengelakkan membayar hadiah perkahwinan yang tinggi bila besar. Dalam Islam anak lelaki atau perempuan, kedua2nya perlu dididik dengan baik tanpa ada perbezaan tahap didikan kerana kedua2nya adalah amanah Allah yang diberikan kepada ibu bapa.

Hak Sivil Untuk Isteri


Sebelum ini kita lihat, isteri adalah harta suami namun Islam mengatakan wanita bukan berkahwin dengan tuannya yang menjadikannya hamba tetapi dengan seseorang yang sama dengannya.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. Ar-Ruum (30):21

Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. An-Nisa (4):19

Bagaimana kamu akan mengambilnya kembali, padahal sebagian kamu telah bergaul (bercampur) dengan yang lain sebagai suami-isteri. Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat. (An-Nisa (4):21)

Berdasarkan ayat di atas, perkahwinan adalah satu akad iaitu perjanjian antara seorang lelaki dan wanita atas persetujuan kedua-dua pihak. Tidak ada sesiapa yang boleh memaksa wanita tersebut jika tidak mahu dinikahkan oleh lelaki tersebut termasuklah bapanya sendiri.

Dalam hadith Sahih Bukhari, Volume 7, Book 62, Number 69, yang menceritakan “Sseorang wanita dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin tanpa kerelaan hatinya” dan wanita tersebut bertemu Rasulullah dan Rasulullah telah membatalkan perkahwinan tersebut.

Dalam sebuah perkahwinan, suami dan isteri mempunyai hak2 yang sama kecuali dalam menjadi pemimpin keluarga.

…..Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang maruf. Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Al Baqarah (2):228

Kelebihan satu tingkatan suami berbanding isteri ini bukanlah bermaksud dalam kuasa tetapi dalam tanggungjawab untuk memimpin keluarga dan menjaga isteri serta anak-anak . Tanggungjawab yang diberikan oleh Allah kepada suami ini sangatlah besar dan isteri pula perlu membantu suami dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut. Kedua-duanya juga perlu menerima kekurangan diri masing-masing kerana kekurangan isteri adalah kekuatan suami dan kekurangan suami adalah kekuatan isteri. Jadi suami isteri perlu sama2 berusaha untuk mengharmonikan rumahtangga. Isteri perlu mentaati suami bukanlah kerana suami tempat berteduh dan mendapatkan keperluan asas tetapi kerana Allah memberikan tanggungjawab yang sangat besar kepada suami untuk menjaga keluarga dan memimpin ke jalan yang benar.

Hak Sivil Kepada Ibu



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”. Surah Ahqaf, (46):15

Dalam Hadith Sahih Bukhari, Volume 8, Ch. No. 2 Hadith No. 2, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad saw:

“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”
Jawab Nabi “Ibu kamu”
“Selepas itu?”- “Ibu kamu”
“Selepas itu?”- “Ibu kamu”
Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”
Jawab Nabi “Ayah kamu”


Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipon dapat kita membalasnya. Seorang lelaki dtg ke  Umar dan berkata, saya telah menggendong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu. Jawab Umar, kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupon setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu .


Social Rights to a Sister:

” Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal” – Surah al-Hujurat, 49:13

Dalam masyarakat, wanita mempunyai hak untuk dihormati, mendapatkan layanan yang baik, dan tidak dijadikan bahan gossip dan fitnah.

Dalam islam, wanita dijaga dirinya dari orang yang tidak berhak ke atas dirinya dengan diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat dan jika wanita dirogol, hukuman yang amat berat akan dikenakan kepada perogol. Lelaki juga disuruh menundukkan pandangan jika melihat wanita kerana sudah menjadi fitrah lelaki untuk menjadi lemah apabila terpandang wanita.

4) Hak dalam Pendidikan


1. Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptakan,
2.Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah.
3. Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah,
4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
5. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
Al Alaq (96): 1-5


Arahan mula-mula yang diberi kepada manusia bukanlah solat, puasa, sedekah dan sebagainya tetapi Bacalah, ini bermakna Islam sangat menitikberatkan soalan pendidikan.
Nabi Muhammad saw pernah menyebut, ” Ianya adalah satu kewajipan kepada lelaki dan wanita muslim untuk mencari ilmu pengetahuan” (Al-Bayhaqi).

Bayangkanlah 1400 tahun yang lalu, apabila wanita dilayan dengan teruk, Islam menyuruh wanita untuk menjadi wanita berbelajaran.

5) Hak dalam Undang-Undang
Undang-undang Islam menjaga kehidupan dan harta lelaki dan wanita.

Lelaki dan wanita, kedua2 nya boleh dihukum jika melakukan kesalahan, tanpa berat sebelah. Wanita dan lelaki juga, kedua-duanya boleh menjadi saksi dan memberikan pendapat.

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Surah Maida (5):38

Bermakna jika mencuri, tidak kisah lelaki atau wanita, tangannya perlu dipotong. Hukuman yang Allah arahkan disini adalah sama.

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
Surah Nur (24):2

Hukuman berzina dalam Islam untuk wanita dan lelaki juga sama Allah perintahkan.

Islam juga telah memberikan hak kepada wanita untuk menjadi saksi sekian lamanya dan tuduhan terhadap wanita juga memerlukan saksi , iaitu 2 saksi untuk kes kecil dan 4 saksi untuk kes besar. Tuduhan berzina contohnya adalah tuduhan yang sangat besar, oleh itu 4 org saksi diperlukan dalam tuduhan ini:

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; – An Nur(24):4

Dalam undang-undang nama, wanita Islam sekiranya sudah berkahwin diberi hak  mengekalkan nama masing-masing dan tidak perlu diubah kepada nama keluarga suami seperti di Eropah, US dan sebagainya.

6) Hak dalam Berpolitik

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong sebagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang maruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.Surah Tawba (QS. 9:71)

Ayat ini menunjukan wanita dan lelaki perlu membantu antara satu sama lain, dan bukan sekadar dalam kehidupan sosial, tetapi juga dalam politik. Wanita dibenarkan terlibat dalam membuat undang-undang. Mari kita lihat kisah Saidina Umar pada zaman pemerintahannya.

Saidina Umar mengambil keputusan hendak menghadkan jumlah mas kahwin supaya tidak terlalu mahal dan melampau sangat serta mencadangkan tidak lebih daripada empat ratus dirham, lalu beliau berucap dalam satu perhimpunan yang turut dihadiri kaum wanita.

Ucap Umar: “Jangan kamu semua melampaui sangat dalam membawa mas kahwin kepada perempuan-perempuan. Kalaulah ia merupakan satu kemuliaan di dunia atau membawa ketakwaan di akhirat, nescaya Rasulullah orang yang lebih utama melaksanakannya, tetapi Rasulullah tidak pernah membawa mas kahwin bagi isteri-isteri atau anak-anaknya lebih daripada 12 ukiah daripada perak iaitu sebanyak 400 darham, maka sesiapa yang membawa mas kahwin lebih daripada itu, akan dijadikan yang lebih itu untuk baitulmal.”

Selepas ucapan Umar itu, lalu tampil seorang wanita dan berkata kepada Umar: “Tak patut tuan berkata begitu wahai Umar.” Lantas Umar bertanya kenapa? Lalau wanita itu meneruskan kata-katanya: “Kerana Allah telah berfirman dalam surah an-Nisa, ayat 20 (wanita itu membacanya).

Ayat tersebut bermaksud: “Dan jika kamu hendak mengambil isteri baru bagi menggantikan isteri lama yang kamu ceraikan sedang kamu telah pun memberikan kepada seseorang di antaranya itu isteri yang diceraikan itu harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikit pun daripada harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan menyebabkan dosa yang nyata.” (Surah an-Nisa, ayat 20).

dan Umar berkata,” Benar apa yang dikatakan wanita itu dan Umar salah.”

Lihat disini bahawa wanita itu cumalah wanita biasa tetapi boleh berbeza pendapat dengan khalifah, dan memberikan pendapatnya sendiri.

Selain itu dalam Islam wanita juga boleh terlibat dalam peperangan dengan menyediakan minuman dan makanan kepada askar-askar perang jika dangat diperlukan dan hanya dengan kerelaan sendiri.

Namun pelik juga kenapa aktivist wanita mahukan hak yang lebih dalam peperangan. Dalam sejarah USA, sejak tahun 1901, wanita dibenarkan terlibat dalam peperangan tetapi bukan aktif, hanya sebagai jururawat, selepas tu feminism mahukan wanita diberi hak untuk aktif dalam berperang, dan akibatnya ramai wanita yang diperkosa.

Jadi islam hanya dibenarkan terlibat dalam peperangan jika sangat diperlukan, namun perlulah menjaga adab2, dan pakaian.


2 thoughts on “Hak-hak Wanita dalam Islam

  1. Fauzana

    Sangat tertarik dgn artikel nih, huda mmg pandai menulis. Mungkin bole tulis tentang peranan isteri dlm rumah tangga, sejauh mana ketaatan isteri pd suami spt yg dituntut dlm islam.. ade bnyk confusion kat situ. akak jugak sering di tanya soalan camtu tp x jumpe jawapan nye. klu huda ade jawapan hopefully bole share 🙂
    contoh macam, isteri msti taat pd suami hingga ke tahap klu suami x benarkan jumpe ibu dan bapenye sndiri, isteri tu msti patuh, ini akak baca sndiri dlm salah satu buku Tok guru Nik Aziz Nik Mat tp x ingat title nye. Tp pd masa yg sama, Islam jugak jelas melarang umat nye memutuskan sillaturrahim and jelas jugak menekankan ‘taat pd suami selagi suami tu taat perintah Allah’.. tp smpai x bg jumpe ibu sndiri and saudara mara, tu dah macam x taat perintah Allah la kan, tp mmg trjadi dlm kehidupan, and sedih bile tengok terputus hubungan dgn ibu bapa sendiri and adik beradik dgn alasan taat pd suami.. bnyk benda yg kite bc dlm buku, x de elaboration yg lebih lanjut, contoh macam buku Tuan guru Nik Aziz ni lah, jd kat situ mmg perlu pergi majlis ilmu and bole brtanya soalan2 sampai jelas segala confusion.
    maaf lah panjang lebar, hehe.. ape2 ilmu di dada harap x keberatan kongsi bersama 🙂 Akak pun bnyk tak tau, dlm proses memenuhkan ilmu agama di dada 🙂

  2. huda Post author

    inshaAllah in future, boleh saya kongsikan peranan isteri dalam rumah tangga.

    menarik persoalan kak ana pasal ketaatan isteri tu .. macam mana kalau sampai suami tak izinkan jumpa keluarga…
    saya sendiri cuma dengar benda macam tu dalam tv, belum berlaku di kalangan orang yg dikenali. mungkin sbb tu saya kurang tahu pasal sjauh mana nak taat pada suami..

    nasihat yg saya selalu dgr cuma kena sabar dan bnyak berdoa. Tapi secara realiti mmg susah nak buat macam tu kan…yelah kalau nak bersabar, sampai bila kan… itulah, kalau kita pernah mendengar secara personal pasal masalah2 mcm ni, dan sama2 terlibat utk membantu, sedikit sebanyak kita boleh ungkaikan persoalan macam tu..

    buat masa ni, saya pon belum jumpa jawapan yang menenangkan hati 🙂 Nanti kita leh kongsi2 ilmu lah…hihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!