Kehidupan

Lambertz Cookies

Petang semalam, dalam pukul 6.pm telefonku berbunyi dan aku pon angkatlah:

Herr Sternemann: Hallo Frau Ahmad
Aku: Hallo
Herr Sternemann: Sie haben ein kleine Päckchen bekommen. Wenn Sie Zait haben, kommen Sie bitte runter.
Aku: Owh, Ok, Ich komme jetzt

Lebih kurang macam nilah kami bercakap kat telefon semalam. Maksudnya aku dapat parcel, dan parcel tu ada kat rumah pakcik Sternemann (tuan rumah). Tapi aku masa tu pelik jugak, macam mana pulak pakcik Sternemann boleh pegang parcel tu, sebab semalam aku memang kat rumah sepanjang hari.

Aku pon turunlah. Masuk dalam rumah pakcik Sternemann, dia kata parcel tu dalam living room. Jadi aku pon pergilah kat living room dan ternampaklah sebungkus hadiah yang dibalut cantik.. Wah pandai pakcik ni ye, macam nak bagi supprise lah pulak 🙂 . Kemudiannya pakcik dan makcik Sternemann pon tunjuklah hiasan krismas mereka, dan ceritalah serba sikit pasal krismas. Lepas tu dah hidang air jus, lama jugaklah kami bersembang. Sedar tak sedar lebih 1 jam. Pakcik tu memang suka sangat bersembang terutamanya pasal masa muda2 mereka dan jugak pasal anak2 saudara mereka sebab mereka ni tak dikurniakan anak. Pakcik tu walaupon 80 tahun dah umurnya dan makcik tu pulak lebih 65 tahun, mereka tetap nampak romantik. Kalau nak tahu, orang kat sini masih nampak romantik walaupon dah tua, jalan sama2 pon masih berpegangan tangan.

Hadiah dari Herr & Frau Sternemann

Biskut disaluti coklat jenama LAMBERTZ

Tahun lepas pon pakcik dan makcik Sternemann ni pernah gak bagi hadiah biskut masa birthdayku. Masa tu dia telefon, kata ada menda nak kasi 🙂

Aku beruntung sangat menyewa di rumah yang tuan rumahnya sangat baik hati. Pakcik Sternemann selalu suruh aku datang rumah dia bila2 masa je sampai aku rasa bersalah pulak sebab selalunya aku datang bila dia panggil je =) Emm, ada idea tak apa patut dibawa kalau nak datang rumah pakcik tu? Kalau datang tanpa ada sebab macam pelik lah pulak rasanya.

2 Comments

  • iLhAm
    December 26, 2009 - 14:11 | Permalink

    bestnyer!!
    cantek biskutnya…mesti sodapp =)…

    bgi bunga kot…takpun buatlah kueh2 malaysia…kueh tradisiooonal ;).

  • huda
    December 26, 2009 - 14:17 | Permalink

    mmg sedap ilham….biskut gini kalu nak beli sndiri idaklah…

    tulah, terpikir gak nak buat kueh…tapi tak retilah kueh2 tradisi ni…. takde idea nak buat kueh apa yg simple dan sesuai utk umur 70 an gitu….

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress