Kehidupan

Mentaliti segolongan penduduk flat

Bermula minggu lepas, penduduk flat di tempat tinggal suamiku mendapat sticker kereta dan motor. Suamiku pergilah ke office nya nak mintak sticker, lepas tu orang tu cakap, kena bagitau tuan rumah dulu, bagi langsaikan semua bil2 tertonggak. Terkejut suamiku. Jadi suamiku pon telefon lah tuan rumah tu. Beberapa hari lepas tu, tuan rumah telefon semula dan meminta maaf sebab dia tak bayar maintenance fee dah lebih RM1000. Memang suamiku dah agak ni, jadi takde harapanlah nak parking dalam pagar kalau macam ni sebab mustahil tuan rumah tu akan bayar RM1000 sekaligus, mana lah nak cari duit. Mujurlah suami akan berpindah dalam masa terdekat.

Untuk pengetahuan, maintenace fee bagi rumah flat adalah lingkungan RM50 sebulan dan apartment lingkungan RM80 sebulan.

Setelah beberapa bulan aku tinggal di flat sewa ni, banyak sikap penduduk yang dapat dilihat. Dalam lebih kurang 10 tong sampah besar yang di sediakan, hanya 2 di sebelah kanan dan 2 sebelah kiri yang penuh. Kat tengah2 tu adalah yang guna sikit2. Sampah yang selebihnya dibuang di atas jalan, tepi tong sampah yang penuh.Nasib baik tong sampah tu memang terbuka luas, kalau jenis yang nak kena bukak penutup, memang lagi banyaklah sampah kat tepi-tepi tu. Bukannya susah pon nak buang kat tong sampah yang tak penuh lagi tu, jalan 2 langkah sahaja. Kemudian ada jenis yang mengheret sampah sehingga air sampah meleleh dan meninggalkan bau busuk, betapa tidak bertanggunjawab. Walaupon ianya hanyalah sampah, kita sepatutnya selenggarakan dengan baik supaya takde masalah2 lain nanti.

Seterusnya masih bab sampah. Masih ramai lagi yang suka membuang sampah dari atas rumah. Kalau tengok kat kawasan belakang rumah tu, memang banyak sampah. Kat apartment yang kami bakal pindah pulak, ada yang sanggup membuang lampin bayi ke luar tingkap begitu sahaja.Nasib baik tak di lemparnya bayi tu. Susah sangat ke nak buang ke dalam tong sampah?

Aku rasa golongan begini menganggap mereka boleh buang sesuka hati kerana mereka sudah pon membayar maintenance fee sedangkan maintenance fee ni perlu untuk perkara yang lain seperti lif, guard, lori kutip sampah, upah org sapu lantai dan sebagainya. Kepada yang tidak membayar maintenance fee pula, ianya akan memberi kesan bukan sahaja kepada mereka tetapi juga kepada yg telah membayar kerana kerja2 penyelenggaran tidak dapat diselesaikan dengan sempurna.

Kadang2 penghuni menggunakan sesuatu kawasan sebagai stor mereka contohnya di tangga2 ada yg meletakkan perkakas buruk dan sebagainya sedangkan tangga tersebut adalah harta bersama.  Inilah sikap2 pentingkan diri yang dapat ku lihat sepanjang beberapa bulan tinggal di rumah pangsa. Walaupon begitu banyak duit yang digunakan kerajaan untuk memberi pendidikan kepada rakyatnya, ternyata ianya tidak memberikan pulangan yang memberangsangkan.

2 Comments

  • fizah
    December 16, 2009 - 12:32 | Permalink

    Yup,stuju ngn topic ni.aritu fizah melawat rmh teh.whole flat tu nmpk sgt baru n cantik dr luar,tp sbb ad org2 yg xpndai jage kwsn luar rmh diorg,hilang kecantekannye.ish2

  • huda
    December 16, 2009 - 22:00 | Permalink

    tulah, flat yg teh sewa tu mmg jauh beza ngn flat2 lain kat penang ni, kira kalau tengok dari jauh tu nmpak baru la..
    nak wat camne, sblm ni tak pnah duk umh flat, ni yg baru tahu keadaan sebnar cmne.
    bersyukurlah kepada mereka yang masih boleh menyewa dan membeli rumah teres.

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress