Mula menjual di Ebay

Awal tahun 2007 buat pertama kali nya aku menjual buku2 cerita yang bersepah kat rak buku. Sememangnya buku terpakai adalah barang yang sangat sesuai untuk dijual bagi mereka yang mahu mencuba kerana kos penghantarannya juga murah disini. Barang lain yang boleh dijual buat pertama kali ialah pakaian, kasut, beg terpakai yang masih berkualiti. Masa ini kita boleh belajar cara menulis tajuk dan isi, berkomunikasi dengan pembeli yang berminat, belajar cara nak bungkus barang, survey kos penghantaran paling murah dan sebagainya. Bila ada pembeli tu memang seronok sangat, maklumlah pertama kali.

Lepas dah jual barangan terpakai ni, teringin pulak aku nak jual barangan baru, tapi takde idea lagi masa tu. Awal tahun 2008 aku mencari barang A di internet sebab teringin sangat nak pakai dan aku jumpa yang murah kat satu website di UK. Promotionnya kalau beli banyak memang sangat murah berbanding beli setakat 5 . Jadi aku fikir2lah agaknya laku tak kalau jual kat Ebay sebab aku nak jugak beli banyak(nak murah ). Jadi aku pon survey kat Ebay dan nampak macam ada potensi. Tanpa berfikir banyak kali, aku pon beli lah barang A yang banyak tu. Alhamdulillah jualannya di Ebay dapat untung. Dari situlah aku mencari idea2 untuk mula menjual secara kecil-kecilan di Ebay.

2 thoughts on “Mula menjual di Ebay

  1. samdaddycool

    kalau kena gayanya memang mantap hasil di ebay. Kalau tersilap, memang merana. Tak kira otai ke newbie, ada yang pernah merasa kedua2 nikmat / merana di ebay.. all the best for ebay.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!