Kisah Tulip Petals

Saya nak jadi Jutawan

Sedih melihat manusia sekarang menggunakan apa sahaja medium untuk mendapatkan duit tanpa berfikir secara mendalam mengenai halal dan haram serta konsepnya. Kalau dahulunya kita diperkenalkan dengan MLM yang cari orang, dapat duit, kemudian E-Book jutawan dan sekarang Klik, Klik, Klik jadi jutawan. Semuanya Wang, Wang, Wang. Semuanya mahu duduk berehat santai, goyang kaki, dan automatik dapat wang. Wah wah wah senangnya orang nak bagi duit ye.

Rasa meluat dan menyampah melihat ahli2 Jutawanklik menghantar mesej2 di forum atau shoutbox supaya meng klik link website tersebut. Kadang2 tu ada yang sampai menipu link contohnya “gambar boleh dilihat di STAR” tetapi link nya adalah website jutawan tersebut seperti http://jutawanklik.com?=id_anda . ataupon “masuklah ke blog saya untuk membeli pakaian2 yang cantik” tetapi link nya http://jutawanklik.com?=id_anda . “id_anda” ini adalah ID orang yang mendaftar di jutawanklik. Ada pula yang sanggup membayar iklan di akhbar2 supaya orang lain klik link website tersebut.

Apa yang saya ceritakan di sini adalah mengenai konsep Jutawanklik itu. Ada orang nak samakan jutawanklik dengan Adsense, jadi mari kita lihat konsep Google Adsense dahulu.

Peniaga ingin menarik orang untuk membeli produk-produk mereka ataupon menggunakan perkhidmatan mereka. Jadi, cara nya sudah tentu dengan meng iklan. Mereka boleh iklankan produk atau servis di TV, Radio, Akhbar, Majalah, ataupon Google dan mereka memilih Google sebagai salah satu cara meng iklan atas sebab2 tertentu. Jadi mereka mendaftar ke Google Adword dan memilih berapa sen yang mereka mahu bayar jika ada yang masuk ke website mereka dengan meng klik iklan tersebut. Itu adalah di bahagian peniaga. Di bahagian orang yang mendaftar di Google Adsense pula, iklan2 tadi akan terkeluar dalam blog atau website mereka. Apabila ada orang yang berminat dengan iklan tersebut, dia akan klik, dan empunya blog atau website tadi akan mendapat duit sebanyak beberapa sen. Jadi dapat lah dibuat kesimpulan di sini, mereka klik iklan untuk melihat sesuatu produk atau servis dengan lebih lanjut.

Berbalik ke Jutawanklik tadi. Caranya ialah ” Daftar RM100- Terima Username+Password-Klik-Dapat Duit”. Tak pelik kah bila dilihat dan di tenung dengan cara konsepnya? Ok sebelum kita tengok konsep nya, kita tengok dulu orang yang klik. Bila seseorang itu klik link tadi, dia akan dibawa ke website jutawan.com. Apa yang dia boleh dapat dari website tu? Barang? Servis? Takde apa-apa langsung. yang ada hanyalah kata2 untuk menarik orang menjadi ahli mereka. Dah tu apa faedahnya dia masuk web macam tu.

Apa yang dibuat oleh syarikat tersebut dengan duit RM100 tadi? Kata mereka duit tu untuk sediakan platform, username, link dan tutorial kepada ahli. Cuba fikir, setakat nak kasi link affiliate tu, tak perlu modal yang tinggi pon. Setakat nak spam kan blog , myspace, friendster, facebook dan forum orang dengan link2 macam tu, tak perlu tutorial pon. Bayangkan kalau sehari ada 100 orang yang daftar, maka jutawanklik.com dapatlah RM10000 sehari. Jadi inilah duit yang digunakan mereka untuk bayar satu klik sebanyak 0.05 sen atau 0.10 sen tu. Yelah, manalah lagi mereka tu nak cari duit untuk bayar ahli2nya setiap klik? Bukannya mereka tu ada barang nak jual pon. Jadi yang jenis masuk awal2 tu mungkinlah dapat duit sebab masa tu orang tak perasan lagi dengan penipuan ni. Yang masuk sekarang ni, jangan haraplah nak dapat balik RM100 tadi tu sebab orang dah meluat tengok link2 jutawan klik ni.

Address yang dinyatakan dalam Jutawanklik.com ni nampak gah sangat iaitu di KLCC. Boleh check kat whois.domaintools.com. Hebat betul ya klik,klik,klik pon office nya di level 40 KLCC.  Namun, mengikut Wikipedia, “levels 39 and 40 are not accessible as office space“. Jadi betul ke syarikat ni kat KLCC? Syarikat jutawanklik ni di daftarkan atas nama Schemata Multimedia ( PG0202546-D ) yang juga sama dengan WangLebih.com .Kalau bukak website WangLebih.com, memang dah tak beroperasi sebabnya mereka dah sedap2 menipu dulu, lepas tu tutup website, lepas tu bukak yang baru untuk mencari mangsa baru. Jika ada ahli WangLebih pergi join JutawanKlik memang sedihlah. Satu hari nanti Jutawanklik.com juga akan diberhentikan operasinya dan bakal diganti dengan yang baru kerana memang macam tulah cara mereka menipu. Jadi hati2lah. Dengan website lain yang lebih kurang macam ni pon, hati2 lah.

Sama2 lah kita berusaha dan berdoa supaya hati kita tidak sekali-kali terbuka untuk terlibat dalam penipuan2 begini. Carilah duit dengan cara yang halal dan baik. Usahlah terpedaya dengan kata2 goyang kaki, dapat duit. Tidak ada dalam dunia ni orang nak bagi duit percuma kepada kita.

5 Comments

  • siti
    January 16, 2010 - 13:50 | Permalink

    huishhh…tak sumer ahli2 jutawan MLM atau jutawan internet nih menipu dan tak masuk akal. mmg lah tak masuk akal kalau daftar RM100+terima username+klik=dapat duit. TAPI, register FREE+baca email+telefon upline=advertise=cari geng=baru lah dapat duit. lagik senang kalu awak mmg dah terror bab internet nih. Takkan lah Irfan Khairi, Si Jutawan Iternet tuh menipu kan? kan? kan?

    kalau tak keberatan, singgah lah sebentar ke landing page saye http://www.bisnesdirumah.com/sitinurhafiza/

    salam…

  • huda
    January 16, 2010 - 15:48 | Permalink

    buat siti,

    saya tidak berpandangan negatif kepada ahli2 MLM yang mencari downline sambil berniaga dan membantu downline berniaga. konsep titu saya tak nampak salah. (konsep utamanya berniga, kedua baru mencari downline)

    cumanya yang saya pandang negatif tu adalah konsep ahli MLM yang terus dapat duit kerana mendapat downline. (konsep utamanya mencari downline, bukan berniaga)

    dua kategori tu berbeza, jadi kena tahulah MLM mana yang diceburi dan pastikan tidak melanggar syarak.

    mengenai jutawanklik itu saya sangat yakin ianya lebih menipu dan saya tidak rasa Irfan Khairi mengajar orang untuk menceburinya.

  • Mat top
    February 22, 2010 - 06:24 | Permalink

    Apa2 pon sya memang x stuju ngan jutawanklik nie. sya sudah tertipu oleh iklan jutawanklik nie..
    dah mcm2 promosi sudah buat tp hampeh
    menghabiskan Rm100 shaja.

    yang kaya bberapa orang shaja
    yang dah abis melabur tidak cerita pula.

    Ramai yang merungut…
    ini bisnes halal atau HARAM..

    LEBIH BAIK BUAT BISNES SENDIRI BERNIAGA DARI WANG HARAM INI…
    ingat saya tidak akan halalkan duit yang di laburkan…

  • huda
    March 4, 2010 - 08:11 | Permalink

    Betul tu Mat Top, lebih baik kita cari bisnes yg betul2 tidak meragukan.
    baguslah Mat Top dah tersedar dari JutawanKlik ni

  • gigimon
    May 20, 2010 - 05:20 | Permalink

    senang je…yg dh masuk tuu kite tipu balik jutawanklik ni..
    buat je autoclick..

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress