Cuti-cuti Eropah

Spain part 1 (Valencia)

Pada cuti krismas 2007 banyak aktiviti yang aku dan suami lakukan. Mula-mula pergi tengok circus, lepas tu ke Winterberg, main tobaggon dan ski. Dan akhirnya kami ke Spain, negara yang dipenuhi sejarah Islam. Ini kira honeymoon pertama kami lah. Kali ni kami meronda2 dengan kereta sewa. Segala booking hotel dan kereta sewa sudah disiapkan beberapa minggu sebelum berlepas.



Pagi 26/12 kami berlepas ke Valencia dari Düsseldorf Weeze menaiki RyanAir. Sampai disana kami terus ke tempat untuk mengambil kereta sewa, malangnya pelbagai dugaan menunggu kami di sini. Pihak penyewa tidak mahu menyewakan kereta mereka kerana suamiku tidak mempunyai lesen antarabangsa. Biarpon sudah berbincang, keputusan tidak boleh dirunding lagi. Jadi kami ke main train station untuk mencari kereta sewa lain. Malangnya semua kaunter kereta sewa ditutup untuk waktu rehat tengahhari. Suatu perkara yang kami terlepas pandang sebelum tiba disana adalah keunikan masa rehat tengahhari mereka yang bermula pukul 1 tengahhari dan berakhir pada pukul 3.30 petang. Memang tersangatlah lama berbanding negara lain. Boleh tidur lama masa tengahhari.

Jadi kami ke Internet Cafe untuk booking secara online, malangnya cafe tu, printer takde ink pulak. Pergi ke cafe lain pulak, connection internet slow, hasilnya kami tak dapat booking apa2 pon. Waktu tu kami terfikir, kalau tak dapat jugak, terpaksalah naik train. Sistem keretapi di Spain tidaklah begitu lancar seperti Jerman dan Switzerland, sebab tu kami tak nak naik keretapi dari mula lagi. Disebabkan penat sangat, kami makan dan solat dulu sementara nak tunggu kaunter kereta sewa dibuka semula. Alhamdulillah Avis masih ada kereta kecil yang boleh disewakan dan menerima lesen Malaysia, namun kami terpaksa menaikkan budget sewa sebnyak 3 kali ganda. Takpelah, nak wat macam mana, dalam keadaan terdesak, terpaksalah jugak.

Inilah kereta yang dapat kami sewa akhirnya

Inilah kereta yang dapat kami sewa akhirnya

Bila dah masuk maghrib, barulah kami berjaya mendapatkan kereta sewa. Waktu tu winter, maghrib masuk awal. Plan kami sebenarnya nak jalan2 kat Valencia sebelum bertolak ke Granada tapi sebab dah malam, kami hanya berehat di tepi pantai sambil menenangkan diri. Pantai kat sana memang nyaman dan cantik. Solat bersujudkan pasir pantai sangat menenangkan jiwa yang tadinya kucar kacir. Subhanallah.

Peta ini diambil dari blog lain....

Peta ini diambil dari blog lain....

Malam itu dengan berpandukan GPS  kami bertolak ke Granada yang memakan masa lebih kurang 8 jam. Mujurlah highway disana takde tol, jadi duit minyak sahajalah yang kena bayar. Kesian juga melihat suamiku memandu tanpa diganti sebab aku tak bawak lesen dan tak berani nak bawak pon. Mujurlah banyak tempat berehat dan ada polis yang sentiasa meronda, jadi kami tidur dalam kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress