Döner Kebab

Döner Kebab

Antara makanan kegemaran aku di sini semestinya Döner Kebab dan Dürum Döner. Sekarang ni aku akan makan Döner Kebab ni lebih kurang seminggu sekali, nak kata sebab malas masak memang taklah. Cuma bila terbayangkan kebab tu rasa terliur2 pulak 🙂

Nasib baik restoran turki 200 meter je dari rumah. Kalau bila rasa teringin nak makan kebab, turun je, pergi kedai. hihihi. Sekarang ni orang kat restoran tu dah tau apa yang aku selalu mintak, kelakar pulak.

döner dibakar

Kebab ni roti yang di isi daging yang dibakar, diletakkan salad, sos zaziki(ala-ala sos yogurt dan mayonis) dan sos cili. Gabungan semua ni memang sedap sangat, selalunya daging yang disediakan samada lamb atau ayam dan pilihanku semestinya lamb. Kalau nak makan kebab ni kena guna 2 tangan sebab besar sangat dan masa makan memang tak boleh nak “control” sebab kena buka mulut luas-luas 🙂 . Besar sungguh kebab ni.

Ingat lagi pertama kali aku makan kebab adalah di Köln, kalau tak silap nama jalan tu Florastrasse. masa tu bila makan kat kedai rasa seksa sangat sebab bila dah makan separuh, tak boleh pergi dah. Dah lah makan lambat. Orang lain sekejap je boleh habis makan. Selalunya separuh lagi tu aku bawak balik rumah, makan malam pulak. Kalau aku beli kebab, bawak balik rumah pon macam tu, boleh makan separuh je, separuh lagi tu simpan untuk makan malam atau makan esok. Ha, nak cerita betapa besarnya kebab ni.

Tapi sekarang ni, satu kebab tu aku dah boleh habiskan sekali makan sebab dah selalu makan. 😉 mana tak naiknya badan. huhuhu.

Harga kebab ni dalam lingkungan €2,50 hingga €3,50 bergantung pada restoran, kira oklah tu nak makan sekali sekala.

Kalau dah balik Malaysia nanti, tak taulah nak dapatkan kebab macam ni kat mana. Aidil pon kadang-kadang teringin nak beli kebab kat Malaysia tapi tak jumpa lagi kat mana. hihihi. Kesian Aidil.

6 thoughts on “Döner Kebab

  1. inasaly

    salam huda,

    best yer tgk doner kebb nie..rindu nak makan..dulu masa di stuttgart selalu makan..sama cam huda citer mula2 x habis satu..tp bila dah selalu makan boleh habis makan seorang..lina suka kebab yg panjang tu..roti dia sedap sgt..bila balik malaysia cr juga tp x sama cam org turki buat..bila lah boleh makan lagi…

  2. huda

    waalaikumussalm inasaly,
    thanks menjenguk.

    betul tu, mula2 makan memang separuh.. dah serasi ngan lidah n badan, leh makan perabih pulak..
    huda pon suka yang panjang tu (Dürum Doner) sebab rotinya nipis sikit kan.

    dah balik msia mesti rindu ngan kebab turki ni.hihi

  3. masdor

    Ha’a.. dah try Project Doner nye kebab di Kota Damansara.. mmg lazat teringat pulak macam kebab yg selalu makan mase time di London dulu.. huhu..

  4. foodoo

    Project doner nye kebab mmg best.. berbeza sangat dr kebab pasar malam.. even Malinja nye doner pon tak leh lawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!