Ebay: Mencari barang yang boleh dijual

Waktu mula2 nak start bisnes kecil-kecilan kat Ebay akhir tahun 2008, macam2 jugak yang aku belajar.

Target:
Cari barang yang kalau terjual dengan harga 1,00 € (tidak termasuk postage and handling), masih belum rugi.

Sebab:
Bagi ahli private, listing fee untuk starting 1,00 € adalah percuma. Gambar juga percuma.

Sebelum bergiat dengan Ebay ni, selalu juga terfikir, untung tak penjual kalau barang yang dijual hanya 1,00€  seperti  manik dan perhiasan. Tetapi kalau sehari boleh menjual 10 barang dan satu barang boleh untung 0,40€, maka 1 hari dah dapat untung 4,00€.  Satu bulan boleh dapat untung dalam 100€ . Kira oklah untuk berniaga secara kecil-kecilan.

Masa bekerja:
Dalam satu jam sehari untuk memasukkan barang ke Ebay, bungkus barang, hantar barang dan jawab pertanyaan pelanggan.

Cara2 untuk mencari barang:


1) Pembekal
Kita perlu cari pembekal atau online shop yang memberikan harga yang murah.

2) Survey Market
Apabila dah jumpa barang yang mahu dijual, survey kat Ebay dulu, lihat berapa harga yang dapat dijual, ramai tak pesaing dan bolehkah kita meletakkan harga yang lebih rendah dari pesaing tanpa rugi.

3) Kastam
Jika barang yang hendak dibeli tersebut luar dari negara, survey harga yang perlu dibayar kepada pihak kastam sekiranya barang tersebut di tahan di kastam kelak.

4) Survey kos bungkusan dan kos penghantaran.
Mungkin apabila ditambah kos2 ini, harga keseluruhan mahal dan mengurangkan minat pembeli.

5) Cuba dalam kuantiti sedikit
Barang yang hendak dijual perlu dicuba dengan kuantiti yang sedikit dahulu supaya tidak menanggung kerugian. Apabila jualan baik barulah boleh menjual dengan kuantiti yang banyak.

6) Barang yang kita tahu
Kalau kita tidak begitu mahir dalam komputer, janganlah pula kita menjual barang2 komputer, berkemungkinan kita tidak dapat menjawab pertanyaan pelanggan dan berhadapan dengan masalah kelak.

7) Barang yang berkaitan
Apabila menjual sesuatu barang jual sekali accessories yg berkaitan dengan barang tersebut. Contohnya apabila menjual rantai, jual sekali gelang, subang dan sebagainya. Ini akan menarik pelanggan untuk membeli barang2 lain bersama dengan rantai tersebut.


4 thoughts on “Ebay: Mencari barang yang boleh dijual

  1. Mila

    Salam huda,

    Saya search kat guna mengenai maklumat nak cuba jual barangan scr online ke luar negara dan dapat blog awak. Terima kasih mengenai maklumat mengenai pengalaman meniaga online dari oversea dan juga maklumat kastam. Macam huda kata, jika kita order barang online dan sangkut kat kastam kita kena bayar kan. Pastu kalau ada order dari oversea, kita hantar guna pos atau courier.. kemungkinan sangkut jugak tak?

    Hmm saya ada juga bercita-cita nak bukak akaun di ebay, nampak macam susah, jika apa yang huda katakan di blog tu mengenai ebay tak protect seller.

    Thanks

  2. Mila

    Maaf saya tak perasan, rasanya huda sekarang duduk ni di luar negeri kan? Mungkin maklumat kastam tu menuju kepada tmpt huda tinggal sekarang.. tp secara amnye la.. kalau kastam di mana2 negara.. adakah penghantar juga dikenakan bayaran? Ataupun polisi ini tertakluk kepada kastam di negara tertentu. Bagaimana dengan malaysia? Adakah barang penghantar akan sangkut juga? .. anyway terima kasih kerana berkongsi

  3. huda

    Mila, untuk maklumat kastam yang saya tuliskan tu valid untuk semua negara.

    Mila di Malaysia kan dan Mila membeli stok dari luar Malaysia. Ada kemungkinan parcel tersebut akan ditahan di kastam.
    Kalau tak silap, barang+harga pos yang kurang dari RM300 tidak perlu dibayar apa2. Jika lebih, peratusan bayaran adalah bergantung kepada jenis barang.

    Jadi, di tempat saya tinggal ni, saya selalu membeli stok kurang sedikit pada satu order supaya tidak perlu membayar pada kastam sekiranya ditahan 🙂

    Apabila Mila hantar ke luar negara, barang tersebut juga kemungkinan akan ditahan di kastam negara tersebut.
    Penting kat sini supaya Mila tulis dalam description, mengenai kastam yang mana bayaran kastam perlu tanggung penuh oleh pembeli jika diperlukan 😉

    Pembeli selalunya tak kisah, dia akan kira semuanya sekali sebelum membeli.
    Tapi kalau barang tu murah je, takde nak kena bayar kastam nanti.

    Berkenaan Ebay tak protect seller tu kurang tepat. Sebenarnya Ebay protect seller dan buyer cuma Ebay terlebih protect buyer (kalau tak, takkan saya masih bersama Ebay,kan 🙂 )

    Nak buka akaun Ebay tak susah pon. Step pertama, buka je akaun tu, tak perlu bayar pon.
    Saya agak Mila nak buka akaun Ebay.com . Lepas Mila buka akaun nanti, tengoklah macammana offer Ebay.com kepada seller. Setiap Ebay lain offer nya .

  4. idadida

    assalam huda..
    huda ada buat personal coaching tak pasal ebay ni..
    sya kecewa dgn sorang otai ebay ni..kami bayar tuk ebay 4 jam..2 jam dia suh buat fb add suruh jual barang dia, suruh bwk laptop..laptop pon x bukak..penerangan diberi hanya bila kami bertanya..huhu..kecewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!