Muqaddimah Tafsir Fi Zilal

Haritu kita ada tengok pasal kehidupan Sayyid Qutb. Kali ni kita nak tengok pula tafsir yang ditulis beliau iaitulah Tafsir Fi Zilalil Quran . Selalunya apabila kita mahu  membeli novel atau buku, tidak kiralah online ataupon di kedai, kita akan baca dahulu muqaddimah nya atau sinopsis buku tersebut untuk mengetahui sepintas lalu mengenai isinya

Begitu jugalah dengan Tafsir Fi Zilal ni, kita tengok muqaddimah nya dulu sebelum kita  teliti tafsirnya.

Tafsir Fi Zilal Quran

Perenggan 1

” Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu keni’matan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. “

Cuba kita bayangkan kita berteduh di bawah pokok yang rendang semasa keadaan panas. Kita akan rasa tenang, sejuk dan merehatkan badan. Seperti juga “Hidup di bawah bayangan Al Quran”. Tujuan kita belajar Tafsir Fi Zilal ini adalah untuk mendapat dan merasai kenikmatan hidup yang Allah kurniakan kepada kita, di bawah bayangan Al Quran. Apabila kita berinteraksi dengan Al Quran, ingat balik bahawa Allah tengah bercakap dengan kita. Kita hanya boleh rasa nikmat  itu jikalau  kita mengambil ayat-ayat Quran dan memasukkannya dalam hidup kita.

“Ia adalah suatu keni’matan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.”

Umur kita sangat berkat kalau kita hidup berlandaskan Al Quran. Kalau kita hidup kerana mahu mencari harta, kita kerja nak rak pon, kita masih belum merasa cukup dengan apa yang kita ada. Banyak mana pon gaji yang kita dapat tiap-tiap bula, ada sahaja yang tak cukup.

Kalau kita hidup berlandaskan Al Quran, apa-apa saja yang kita buat masa umur yang ada ni, rasa berkat sahaja walaupon umur kita ditakdirkan pendek. Contohnya Assyahid Hassan AlBanna, walaupon ditakdirkan Allah hanya hidup sampai umur 43 tahun, perjuangannya masih diteruskan sampai sekarang.

Perenggan 2

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni’matan hidup di bawah bayangan al-Qur’an selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nimat yang tidak pemah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu ni’mat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.”

Sayyid Qutb sememangnya menghafal Al Quran tetapi dalam satu masa dia tersasar namun Allah bagi nikmat balik untuk beliau kembali. Kisah Sayyid Qutb tersasar boleh dibaca di biografi beliau.

Perenggan 3

“Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan al-Quran ini… ya Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab suci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia?”

Allah bercakap dengan kita

Ayat-ayat Al Quran merupakan surat cinta Allah kepada kita. Cintakah kita pada Allah? Atau tidak?, sehinggakan kita tidak sedar Allah memberikan kita ayat-ayat cinta ini. Allah memberikan pesanan, pujukan, amaran, panduan dan bercerita kepada kita mengenai seerah-seerah dahulu buat kita. Semuanya lengkap Allah berikan kepada kita, hambaNya yang sangat lemah . Kata-kata di atas menunjukkan perasaan Sayyid Qutb apabila membaca Al Quran. Kita ini hambaNya yang sangat kecil, kerdil tetapi Allah tetap mahu bercakap dengan kita.

Macam juga kita bila kita dapat jumpa dengan orang-orang besar, seronok bukan main lagi. Apatah lagi pencipta kita, penguasa seluruh alam, secara logiknya kita mesti rasa feeling apabila Allah bercakap dengan kita.

Sayyid Qutb mempunyai penghayatan ketika membaca Al Quran seolah-olah beliau masuk dan tenggelam di dalam ayat2 suci Al-Quran. Kita perlu membaca Al Quran dengan hati, bukannya dengan akal.

Perenggan 4

“Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?”

Perbezaan jalan Islam dan jahiliyyah

Al Quran bagi kita nampak yang mana Islam, yang mana jahiliah. Dari surah fatihah pon kita dah boleh nampak terdapatnya jalan jahiliyyah dan jalan yang lurus

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan(jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (Al-Fatihah:6-7)

Kalau kita tidak dapat bezakan antara dua jalan itu, ini bermakna ayat-ayat Al Quran itu tidak masuk betul2 ke dalam hidup kita. Dari pembacaan Al Quran, kita boleh memilih jalan mana yang kita mahukan. Sekarang ni banyak sangat jahiliyah kat bumi dari politik, hiburan hollywood, fesyen, makanan dan lain-lain.

Cita-cita manusia yang kecil

Cita-cita manusia sangat kecil dan kerdil serta tidak mempunyai tujuan hidup. Hanya sesiapa yang tahu Al Quran sahaja yang akan tahu apa matlamat hidup yang sebenar.

Kita hidup bukan setakat mahu menjadi cikgu, jurutera, usahawan dan sebagainya. Gol kita bukannya harta, pangkat atau takhta. Matlamat orang yang faham Al quran ini sangat jauh dari orang yang tidak memahami Al Quran. Dalam Al Quran ada Allah ceritakan syurga dan neraka kepada kita. Tidak mahukah kita dengan syurga Allah? Inilah sebenarnya matlamat jangka panjang kita. Jadi apa sahaja yang kita buat, kita nak pastikan arahnya adalah syurga.

Orang-orang jahiliyah sangat berbangga dengan ilmu. Mereka mempunyai pelbagai ilmu, mencipta roket, ke bulan, dan macam-macam lagi tapi apakah matlamat mereka? Adakah ilmu mereka itu membawa mereka kepada Allah? Jawapannya takde, ianya cuma untuk dunia.

Dalam Al Quran, ilmu Allah itu berlipat kali ganda. Jadi mana kita nak dapatkan ilmu-ilmu Allah ni? Semestinya dari Al Quran.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”. al-kahfi 109

Tapi apa pula maksud ilmu kanak2, keteloran lidah kanak-kanak2?

Cuba kita tengok budak-budak bercakap. Budak-budak ni ilmu sikit sahaja tapi bila cakap sesama mereka, seolah-olah hebat sangat budak-budak ni. Apabila mereka bermain, seolah-olah permainan itu sangat hebat sampai berebut-rebut nak main. Kita yang tengok budak2 ni anggap menda yang diorang cakap tu remeh temeh dan hal-hal kecil sahaja. Permainan yang mereka main pon bagi kita tidak ada apa-apa.

Macam itulah juga dengan manusia berilmu yang tidak membawa mereka kepada Allah. Ilmu yang mereka ada itu contohnya sains, ianya hanya satu cabang dari ilmu Allah. Dengan ilmu yang sikit mereka ada, mereka berbangga-bangga seolah-olah begitu hebat sedangkan ilmu Allah itu sangat luas.

Perenggan 5

“Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku dapat meni’mati kefahaman yang sempurna dan meliputi, tanggapan yang tinggi dan bersih terhadap alam al-wujud, terhadap matlamat seluruh alam al-wujud dan terhadap matlamat kewujudan manusia itu sendiri. Kemudian aku bandingkan dengan kefahaman-kefahaman dan tanggapan jahiiyah yang dihayati oleh umat manusia di Timur dan di Barat, di Utara dan di Selatan. Kemudian aku bertanya: Mengapa manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk, di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu, sedangkan mereka mempunyai padang-padang yang bersih, tempat-tempat yang tinggi dan cahaya yang terang benderang?”

Al Quran dapat membentuk 3 fahaman penting kepada manusia

1) Tanggapan pada alam wujud ni
2) Kenapa Allah cipta manusia.
3) Apa matlamat penciptaan alam

1) Tanggapan pada alam wujud ni

Tanggapan manusia pada alam dapat mempengaruhi kehidupan manusia itu sendiri. Al Quran membentuk tanggapan soheh dan benar yang perlu ada pada manusia tu.

Cuba kalau kita berfikir bahawa apabila alam ini hancur/tamat, hayat manusia juga tamat, tidak ada apa-apa lagi selepas itu. Maka kita akan hidup di dunia ini dengan sewenang-wenangnya, kita akan mengejar segala yang ada di dunia ni. Apa sahaja yang menyeronokkan kita akan buat.

Bagi mereka yang faham bahawa hidup di dunia sementara sahaja, dan kesudahannya akhirat, mereka akan hidup berdasarkan tanggapan itu. Jadi hanya Al Quran yang boleh memberi tanggapan itu. Itu lah yang diberi Al Quran untuk membentuk manusia mempunyai tanggapan bersih pada alam wujud ni.

2) Kenapa Allah ciptakan manusia

Mari kita lihat apa yang Allah katakan kepada kita dalam surah Adz Daariyaat ayat 56.

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Kita Allah jadikan untuk menyembah dan beribadat kepada Allah. Kita juga Allah jadikan sebagai khalifah di bumi ini. Inilah matlamat ciptaan manusia yang diterangkan dalam Al Quran

2) Apa matlamat penciptaan alam

Allah menerangkan dalam Al Quran, surah Al Baqarah ayat 29

“Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Bermakna segala penciptaan alam ini berpusat pada manusia. Allah menjadikan bumi ini sebelum Nabi Adam diturunkan, maknanya Allah jadikan alam ini memang untuk manusia. Apabila manusia mati, manusia akan dhidupkankan di tempat lain, sebab itu bumi ini dihancurkan Allah kelak. Ini juga menunjukkan bumi dijadikan selama mana manusia hidup di bumi.

Jadi apa matlamat kewujudannya kepada manusia?
Bagaimana alam boleh digunakan oleh manusia?

Alam-alam ini Allah jadikan untuk membantu manusia menjadi hamba kepada Allah. Tumbuh-tumbuhan, makanan Allah ciptakan untuk manusia supaya manusia tidak lemah untuk beribadah. Minyak, gas, bahan galian lain contohnya, Allah jadikan sebab manusia memerlukannya dalam kehidupan seharian.

Allah juga menjadikan siang dan malam, alam semesta yang sangat hebat sebagai bukti kehebatan dan kewujudan Allah.

Contohnya kita nak ke kerja, kena pergi pejabat, kena ada komputer, pen dan sebagainya. Kalau benda-benda ini tidak ada, bagaimana kita nak bekerja?.

Samalah juga dengan alam ini, dijadikan sebagai bahan untuk kita menjadi hamba kepada Allah

Kalau kita baca Quran, tetapi tidak merasakan apa2 apabila melihat alam ini, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan kita.

Apa bezanya orang Islam dengan kafir?

Orang kafir ke kerja, mencari duit untuk anak-anak. Apabila anaknya dewasa, anaknya pula mencari kerja untuk anaknya dan begitulah putaran hidup mereka sampai bila-bila.

Kita, muslim, bekerja unutk menjadikan jambatan ke akhirat kelak. Hidup kita lebih bermakna dan lebih berkat kerana kita tahu apakah tujuan hidup kita. Kita tahu apakah tanggungjawab kita untuk ke arah yang dituju itu.

Perenggan 6

“Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an, dan di sana aku dapat merasa adanya keseimbangan yang indah di antara harakat manusia seperti yang dikehendaki Allah dengan harakat alam buana yang diciptakan Allah. Kemudian aku melihat keadaan simpang-siur yang dialami oleh umat manusia yang telah menyimpang dan undang-undang alam buana, juga melihat percanggahan di antara pengajaran-pengajaran yang merosak dan jahat yang diajarkan kepada mereka dengan fitrah semulajadi mereka, lalu aku berkata di dalam hatiku: Manakah syaitan yang jahat yang telah memimpin umat manusia ke Neraka ini?”

Kita perlu hidup mengikut apa yang Allah tetapkan supaya berlaku keseimbangan pergerakan manusia dengan pergerakan alam. Semua yang ada di alam iaitu bumi, binatang, tumbuhan bergerak-bergerak-gerak, hatta meja sekali pon bergerak-gerak (atom2 bergerak). Allah tentukan siang dan malam melalui pergerakan bumi, jadi manusia juga ada pergerakannya.

Manusia dan jin ini dicipta antara 2, islam ijbari (tubuh badan, jantung..) dan islam ishtihari (hati), dijadikan sebagai raja yang mengawal kesemua pergerakan manusia.

Kalau tangan itu yang mencuri, sebenarnya tangan itu islam, tapi di kawal oleh hati. Jadi masalah nya adalah hati. Hati hanya boleh dibetulkan dgn ayat-ayat Allah sahaja. Al Quran itu sememangnya adalah untuk hati kita.

Bagaimana nak seimbangkan harakat manusia dan alam?

Cuba kira bayangkan jam analog, manusia disamakan dengan roda gear tu dan yang lain-lain itu adalah alam. Kalau satu gear rosak atau tersilap pusing, akan musnahlah jam tu.

Kalau kita tidak sama dengan alam yang sentiasa bertasbih dan mengikut segala arahan allah, huru hara lah dunia ni. Manusia sekarang hidup tanpa mengikut apa yang ditentukan Allah, kerana itulah berlakunya ketidakseimbangan dalam dunia ini.

“Langit yang tujuh dan bumi sera sekalian penghuninya sentiasa bertasbih kepada Allah dan tiada suatu kejadian pun melainkan seluruhnya bertasbih memuji Allah.” (Surah al-Isra’)

Kita kena sedar, fitrah semulajadi manusia ini hendakkan kepada Allah dan kerosakan itu berlaku apabila kita tidak mengikut fitrah tersebut. Alangkah ruginya manusia sebab tidak mengikut apa yang disuruh Allah.

Kita tengok contoh:

Allah menharamkan arak kepada manusia kerana berlanggar dengan keperluan manusia. Akhirnya apa yang orang minum arak dapat? Dia hanya merosakkan dirinya sendiri.

Allah sudah tetapkan aurat bagi lelaki dan wanita tetapi ramai wanita tidak menutup aurat. Perkara ini tidak dapat disangkal lagi pengundang kepada gejala lain dan kita lihat sekarang, impaknya semakin teruk.

Perenggan 7

“Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku melihat alam al-wujud ini adalah jauh lebih besar dari saiznya yang lahir yang dapat dilihat itu. Ia lebih besar dari segi hakikatnya dan dari segi bilangan aspek-aspeknya. Ia mencakup alam ghaib dan alam syahadah kedua-dua sekali bukannya alam syahadah sahaja. Ia merangkumi dunia dan Akhirat kedua-dua sekali bukannya dunia ini sahaja. “

Apabila kita duduk di dalam satu bilik, kita tidak nampak apa yang ada di dalam bilik sebelah. Di dalam bilik itu pon kita cuma nampak apa yang mata kita mampu nampak seperti meja, katil, kerusi dan sebagainya . Perkara dalam dimensi lain seperti jin mata kita tidak mampu melihat.

Al Quran memberikan gambaran lagi besar dari apa yang kita nampak sekarang. Al Quran mencakupi alam ghaib dan syahadah(yang kita nampak). Perkara yang ghaib(syurga , jin) dapat kita ketahui apabila kita membaca quran.

“Dan kewujudan manusia adalah bersinambung di lorong-lorong zaman yang amat jauh itu. Maut bukannya penghabisan perjalanan hidup manusia, malah ia merupakan suatu peringkat perjalanan di tengah jalan. Segala sesuatu yang dicapai oleh seseorang di dunia ini bukanlah merupakan seluruh habuannya, malah hanya merupakan sebahagian dari habuannya sahaja. Segala balasan yang terluput di dunia ini tidak akan terluput di Akhirat nanti.”

Sayyid Qutb mahu kita mengambil Al Quran ini menjadi panduan hidup kita supaya hidup kita lebih bermakna dan hidup kita ada hala tujunya. Kita nak menjadikan Al Quran itu bacaan kita setiap hari kerana Al Quran ini yang dapat mengubah manusia.

Maut bukanlah penghabisan hidup manusia. Apa yang kita dapat di dunia ini, ianya hanyalah sebahagian habuan sahaja. Balasan yang terluput di dunia tidak akan terluput di akhirat

Contohnya:

Kita mendapat satu hadiah iaitu duit yang banyak dan kemudiannya kita gunakan duit itu untuk bersedekah. Habuan yang kita dapat tadi sudah tidak ada dalam tangan kita kerena kita sudah serahkan kepada orang lain. Namun habuan yang luput itu digantikan pula dengan habuan pahala sebagai bekalan untuk akhirat.

“Di sana balasan tidak akan mengalami penganiayaan, pengurangan dan kesesiaan.”

Balasan yang diberikan Allah semuanya adil, tidak menganiaya hambaNya.

“Peringkat perjalanan yang dilalui manusia di bumi ini merupakan peringkat perjalanan di sebuah alam hidup yang lumrah, sebuah alam sahabat yang mesra dan sebuah alam yang mempunyai roh yang sentiasa menerima, menyambut dan ia bertawajjuh kepada Allah Pencipta Yang Maha Esa sebagaimana roh orang yang beriman bertawajjuh kepada-Nya dengan penuh khusyu’.”

Manusia ini hidup berperingkat dari alam roh, rahim, dunia, dan akhirat.

Dalam apa sahaja yang kita lakukan, kita perlu tawajjuh iaitu menghadapkan muka kepada Allah (sentiasa mengingati allah)
Kita berbuat sesuatu itu sambil mengingati bahawa Allah sentiasa melihat kita.

Macam mana alam ini sujud kepada Allah, begitu jugalah manusia perlu sujud kepada Allah.

Kesimpulan

Dari muqaddimah Tafsir Fi Zilal ini kita dapat 4 point penting:

  1. Allah bercakap dengan manusia
  2. Minat dan cita-cita penduduk dunia yang kecil
  3. Kefahaman tinggi dan bersih kepada alam
  4. Keseimbangan harakat manusia dan warna harakat Allah

Bersambung di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!