Sambungan Muqaddimah Fi Zilal

Sambungan dari sini

Kisah penulisnya (Sayyid Qutb) di sini.

Perenggan 8

“Manakah kerehatan, keselesaan, kemesraan dan kepercayaan (yang lebih besar) dari kerehatan, keselesaan kemesraan dan kepercayaan, yang dicurahkan ke dalam hati kita oleh kefahaman yang syumul, sempurna, luas dan betul ini?”

Andainya kita hidup di bawah bayangan quran, hidup kita pasti dicorakkan oleh Al Quran dan iman kita akan menjadi teguh

Contohnya dalam kisah Anas bin Malik serta ibunya Ummu Sulamah yang kita dengar minggu lepas:

Bagaimana seorang ibu sanggup menghadiahkan anaknya sendiri kepada Rasulullah supaya anaknya itu menjadi seorang insan yang kuat, patuh kepada Allah. Kita juga dengar bagaimana Ummu Sulamah menolak lamaran seorang lelaki kaya walaupon lelaki tersebut meletakkan mahar yang sangat tinggi hanya kerana lelaki tersebut bukan orang Islam. Ummu Sulamah telah meletakkan agama Islam mengatasi segala-galanya sehingga akhirnya lelaki tersebut memeluk Islam dan mereka pon berkahwin.

Inilah kisah manusia yang dibentuk oleh Al Quran

Kenikmatan hidup yang manusia cari itu dicurahkan sendiri oleh Allah sendiri dan apabila kita mendapat kenikmatan itu, hati kita menjadi tenang. Kenikmatan itu boleh kita perolehi apabila kita baca dan faham Al Quran.

Apabila kita solat, zikir, kita baca quran jugak kan.

contoh: Kisah  Saidina Umar memeluk Islam

Kemudian pada suatu hari, Saidina Umar beliau keluar dengan menghunus pedangnya untuk membunuh Nabi. Dalam perjalanan, beliau bertemu dengan seorang lelaki.

Dia berkata kepada Umar, “Mau kemana wahai Umar?”
Umar menjawab, “Aku ingin membunuh Muhammad.”
Lelaki tadi berkata, “Bagaimana kamu akan aman dari Bani Hasyimdan Bani Zuhrah, kalau kamu membunuh Muhammad?”
Maka Umar menjawab, “Tidaklah aku melihatmu melainkan kamu telah meninggalkan agama nenek moyangmu.”
Lelaki tadi menjawab lagi, ” Sesuugguhnya adik perempuanmu dan iparmu telah meninggalkan agama yang kamu yakini.”

Kemudian Umar bergegas berjumpa adiknya yang sedang belajar al Quran dan menampar adiknya.

Namun apabila Umar mendengar bacaan Al Quran, bergetar hati Umar, dan Umar terus tunduk pada islam, memeluk agama Islam.

Kenikmatan itu sukar untuk digambarkan, dan hanya orang yang pernah mengecapinya sahaja yang tahu akan perasaan itu. Walaupon kita tidak dapat merasai kenikmatan itu sepenuhnya, inshaAllah kita merasa lah juga sedikit apabila kita mendengar kisah-kisah begini.

Perenggan 9

“Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat manusia jauh lebih mulia dari segala penghargaan dan penilaian terhadap mereka yang dikenali mereka dahulu dan kemudiannya. Manusia telah menjadi insan dengan tiupan roh ciptaan Allah:”

Manusia ini apabila dilihat melalui kaca mata Al Quran(Islam), sebenarnya manusia ni jauh lebih mulia dari penilaian manusia lain.

Katakanlah kita tengok PM, Agong, atau VVIP , mereka sangat  dimuliakan. Ada orang yang sentiasa mengiring mereka, menghidangkan makanan pada mereka, malah semua orang akan bangun apabila golongan yang dimuliakan ini berdiri. Apabila mempunyai peluang untuk bersalaman, pasati ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk bersalaman dengan golongan ini. Apabila golongan VVIP ini menaiki kereta unutk ke satu tempat, pasti juga akan akan polis yang mengiring mereka bagi memastikan perjalanan mereka tidak mempunyai masalah. Betapa kita(manusia) memuliakan mereka(manusia).

Namun sebenarnya manusia itu sangat mulia, bahkan lebih mulia dari presiden yang mempunyai jet persendirian.

Kenapa manusia itu sebenarnya mulia?

Walaupon Allah menjadikan kita dengan tanah liat yang berbau, Allah tiupkan kita denagn roh yang mulia. Kemulian kita sebenarnya adalah dari roh yang mulia itu dan kita akan berterusan menjadi mulia sekiranya kita hidup berlandaskan Al Quran.

Katakanlah Zaimah mempunyai seorang kakak(Siti) yang sangat mantap dan kenali ramai.
Di mana sahaja Zaimah ni pergi mesti orang akan kenal kakaknya dan berkata “Ni adik Siti ke?
Lihatlah bagaimana Zaimah hidup di bawah bayangan kakaknya, Siti.

Akhlak Al Quran itu adalah akhlak Rasulullah, jadi kita pon mesti hidup dengan mengikuti apa yang terkandung dalam Al Quran untuk menjadi manusia yang mulia.

Perenggan 10

“Oleh sebab manusia mempunyai darjah kemuliaan dan ketinggian yang seluhur ini, maka Allah telah menjadikan tali hubungan yang mengikat umat manusia itu ialah tali hubungan yang diambil dari tiupan ilahi yang mulia, iaitu tali hubungan ‘aqidah kerana Allah. Oleh itu ‘aqidah seseorang Mu’min merupakan tanahairnya, kaumnya dan keluarganya dan di atas ‘aqidah inilah umat manusia harus bersatu padu bukannya seperti haiwan yang berpadu kerana rumput, kerana padang ragut, kerana kumpulan dan kerana pagar.”

Manusia kalau diikat dengan geografi(negara) akan menjadi assobiyyah. Allah tak pernah mengatakan jika hambaNya dari negara2 tertentu, Malaysia contohnya, akan dapat masuk syurga dahulu kerana akidah kita itu yang lebih memuliakan kita. Kalau manusia betul-betul memahami Islam, Amibil Al Quran sebgai pegangan hidup, tidak adalah perpecahan di dunia ini.

Dalam Perang Badar contohnya umat Islam menang kerana hubungan akidah itulah yang menyatukan semua .

Kita dimuliakan denganroh kita, seperti yang dijelaskan dalam perenggan 9 tadi. Jadi yang mengikat kita juga mestilah dari sesuatu yang mulia, iaitulah akidah kita.

Kita tengok contoh VVIP tadi

VVIP kita kata mulia, tiba-tiba kita letakkan VVIP tersebut di tempat orang ramai yang sesak dan kerusinya pon tak best. Nampak tak betapa tidak sesuainya. Kita pasti akan letakkan VVIP tadi pada tempat khas, kerusi tertentu yang khusus untuk mereka.

Berbalik pada kemuliaan roh tadi. Sesiapa yang tidak berpegang pada akidah Islam, tidak akan menjadi mulia kerana tidak selari dengan roh yang mulia tadi. Ini kerana benda yang mulia mesti diletakkan denganbenda yang mulia sahaja.

Perenggan 11

“Orang yang beriman mempunyai keturunan yang amat tua yang bersinambung di lorong-lorong zaman yang amat jauh. Dia adalah salah seorang dan angkatan manusia yang mulia yang dipimpin oleh para rasul yang mulia, iaitu Nuh, Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya’kub, Yusuf, Musa, ‘Isa dan Muhammad alayhimus-salam.”

Apabila kita faham bahawa roh2 kita diikat oleh akidah islam, fahaman kita terhadap tanah air lebih luas. Semua tempat adalah Islam dari dulu iaitu dari zaman nabi adam sehinggalah sekarang. Sedar tak sedar tanah air kita ni sepatutnya lebih besar dari Malaysi
iaitu dimana muslim ada sekarang, dan di mana muslim pernah berada di situ.

Semua muslim itu adalah adik-beradik kita. Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai dirinya dan saudaranya(bukan setakan mak ayah, semua) tetapi semua sisters. Semuanya kita perlu jaga.

Imam Hassan Al Banna pernah mengatakan:

usul 1: islam itu adalah; negara dan tanahair/kerajaan dan bangsa, akhlaq dan kekuatan/rahmat dan keadilan, pengetahuan dan undang-undang/ilmu dan kehakiman, material dan perbendaharaan/pendapatan dan kekayaan, jihad dan dakwah/tentera dan fikrah SEBAGAIMANA ia adalah aqidah yang benar dan ibadah yang sah…

Kita tengok Andalus: Tempat itu pernah diduduki oleh orang Islam jadi tanggungjawab kita untuk mendapatkan balik Andalus tu.

“Angkatan manusia yang mulia yang bersinambung di lorong-lorong zaman yang amat lama itu menghadapi — seperti yang tergambar di bawah bayangan al-Qur’an — keadaan-keadaan yang serupa, krisis-krisis yang serupa dan pengalaman-pengalaman yang serupa di sepanjang zaman di berbagai-bagai tempat dan di kalangan berbagai-bagai kaum. Angkatan itu menghadapi kesesatan, kebutaan, kezaliman, hawa nafsu yang liar, penindasan, kekejaman, ancaman dan pengusiran, tetapi ia terus mara menyusuri jalannya dengan langkah-langkah yang tetap, dengan hati nurani yang tenteram, dengan kepercayaan dan harapan yang penuh terhadap pertolongan Allah dengan hati yang menunggu-nunggu di setiap saat ketibaan janji Allah yang benar:”

Kita tengok Rasulullah, apabila baginda mendapat wahyu pertama, baginda terus keluar dari Gua Hira. Kita jika mahu menjadi angkat mulia, kita tidak boleh hanya duduk diam.

Umat islam itu bukan bermula masa Nabi Muhammad tetapi sudah lama  dah lama iaitu dari Nabi Adam lagi. Kalau Al Quran ini tidak ada, kita tidak mungkin mengetahui asal usul kehidupan kita, siapa kita sebenarnya, kenapa kita ada di sini, dan ke mana arah tuju kita.

Setiap Nabi menyampaikan perkara yang sama, iaitu beriman kepada Allah, meninggalkan perkara yg dilarang. Jika dilihat sejarah para Nabi, kita dapat tahu perkara yang berlaku pon sama iaitu golongan benar ditindas, di pandang pelik.

Lihat sahaja kisah Nabi Nuh, bagaimana orang menghina baginda apabila baginda membuat membina kapal.

Lihat pula kisah Nabi Muhammad yang dikatakan ahli sihir semata-semata Nabi Muhammad berada di jalan yang benar dan mengajak manusia ke jalan yang benar.

Kita kena yakinl bahawa janji Allah itu benar dan kena yakin satu hari nanti Islam akan naik di dunia. Orang-orang yang  hidup dengan Al Quran ini tetap terus mara walaupon dikeji, dihina dan dikecam. Apabila keyakinan dan persiapan  itu ada, sekali kita langkah ke hadapan, kita akan terus mara tanpa rasa was-was.

contoh:
Masa winter, apabila kita dah prepare kasut winter, sekali kita lankah ke depan, kita tak akan rasa ragu-ragu unutk terus berjalan kerana persediaan(kasut winter) kita lengkap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!