Spain Part 2 (Granada)

Sambungan dari Spain Part 1 (Valencia)

Alhambra

Alhambra

Lebih kurang 8 pagi kami tiba di tempat destinasi utama Granada, semestinya Alhambra. Sempat jugalah tidur sementara nak tunggu Alhambra dibuka. Bila nak beli tiket tu panjang jugaklah nak kena beratur. Nasib baik kami ada kredit kad, boleh beli kat mesin, beratur pon xlah panjang. Nak lawat Alhambra ni seeloknya dari awal pagi sebab besar sangat.

Ukiran dinding

Ukiran dinding

Ahambra merupakan masjid, istana dan kubu pertahanan kerajaan Moor Granada yg terletak atas bukit. Jadi nak sampai ke sana memang menaiki bukit lah, nasib baik jalannya elok saje. Dinding2 Alhambra memang cantik diperbuat dari batu2 merah dan dipenuhi dengan ukiran2 senibina Islam. Nama Alhambra tu datangnya dari batu2 merah.

Tempat kat atas ni memang spot yang sangat cantik untuk ambil gambar sebab kolamnya telah memantulkan keseluruhan bangunan. Senibina bangunan ini juga sangat unik dan memerlukan pengetahuan Matematik yang tinggi.

Generalife

Generalife

Dari atas Alhambra

Dari atas Alhambra

Kota Granada dari atas Alhambra

Kota Granada dari atas Alhambra

Apabila berada selama beberapa jam dalam Alhambra dapat dibayangkan betapa pihak pemerintah dan kaum kerabatnya pada waktu itu hidup dalam keadaan yang serba kemewahan . Istananya yang dilengkapi dengan Generalife(taman) yang besar dan tersangat indah sememangnya tempat yang sesuai untuk berehat dan menikmati keunikan dan keindahan tumbuh- tumbuhan. Dari istana tersebut dapat dilihat Kota Granada dan Albaicin yang terletak jauh di bawah. Kemungkinan disebabkan kemewahan, pudarlah  semangat jihad mereka dan akhirnya kerajaan Islam  bawah dinasti Nasriyyah jatuh ke tangan kerajaan kristian. Orang Moor mula dipaksa utk menukarkan agama kepada Kristian, dilarang memakai pakaian traditional mereka dan dilarang utk berkomunikasi dalam bahasa mereka .  Sehingga kini Alhambra hanya menjadi tempat kunjungan orang serata dunia yang mahu melihat keunikan senibinanya, dalam masa yang sama kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia.

Tengahari kami keluar dari Alhambra dan bertolak ke hotel. Masa nak balik tu memang cuaklah jugak laluannya. Dahlah tinggi, berpusing2 macam tengok dalam game lumba kereta pulak. Apalah nasib kami GPS bagi laluan tu. Nasib baik Aidil hebat bawak kereta. Aku yang duk kat sebelah pon memang cuak sangat. Jalan2 kat Granada memang sempit, mungkin sebab dahulunya itu adalah laluan kuda. Kiranya org2 kat sini memang hebatlah menyelinap masuk kat laluan2 kecil. Bangunan2 rumah juga dibina berdekatan antara satu sama lain. Kalau bukan tingkap tu boleh bersembang ngn org depan rumah. Kadang2 kereta pon kena park jauh sebab memang tak boleh masuk sampai ke depan rumah. Tapi itulah keunikan  Granada.

Malamnya kami ke kawasan tempat tinggal Muslim untuk mencari makanan dan semestinya kebab. MashaAllah memang sedap sangat kebab tu, lain dari kebab Turki rasanya.

Kemudian kami ke bahagian atas Albaicin untuk melihat Alhambra secara keseluruhannya. Nak pergi kat situ memang naik bukit la jugak. Semput je bas tu. Kat situ memang ramai org yg datang utk amik gambar Alhambra waktu malam sebab memang nampak cantik dengan cahaya2 lampu di sekitar Alhambra. Ya Allah, memang besar betul lah Alhambra.

Kemudiannya kami  kami pulang ke hotel untuk berehat. Esoknya kami berjalan2 di sekitar Granada.

Dan destinasi kami seterusnya adalah pusat pemerintahan Islam Andalus iaitu Cordoba. 🙂

8 thoughts on “Spain Part 2 (Granada)

  1. khairunisa

    besstnyerrrrrrr hudaaaaaa..alalllala..dhla pegi dgn hubby..mcm honeymoon lak yer..tp sgt brfaedah kn pg spain..dpt dpt tgk dgn mata sndiri zaman kegemilangan islam..
    dhla nk exam hari ni…leh tgk blog org lak pg ni..salam..

  2. huda Post author

    rasa rindu sangat kat spain…tak puas pergi dulu
    ni belum pergi istanbul, kalau x mesti rindu sgt kat istanbul…

    takpe nisa, baca blog sat je, tak sampai 10 minit 😉

  3. iLhAm

    salam huda, lawalah gambar2 kat situeh…sangat “impress”…
    tuehlah..insyaAllah kalu ada kelapangan masa memang nak gie Istanbul ngn Huda n ajak yang lain2 gak..nanti senang ada orang tukang cerita..hehe…

  4. dinns

    salam..nak tnyer something..pengnkutan awam kat saner senang tak..selain drive..per inesiatif lg ek?
    ader bnyak nak tnyer sebenrnyer..ek..kalu bley la…nak add ym..
    betol2 perlukn bntuan..

  5. huda

    dinns:
    walaupon ramai yg prefer drive, kat andalus boleh juga naik train (city-city) dan bas (in city)…
    cuma kalau boleh, plan awal2….
    kalau nak add ym : hudaahmad_85
    tapi tulis note dlm tu, siapa masa request ya… kalau tak, saya tak accept 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!