Spain Part 3 (Cordoba)

Nak tau sejarah Andalusia, Cordoba, baca di sini

Sambungan dari Spain Part 2 (Granada)

Pagi dalam pukul 7 kami sampai di Cordoba dan disebabkan sampai awal, dapatlah kami parking yang dekat dengan tempat pelancongan utama Cordoba. Sementara nak tunggu cerah sikit, sempatlah tidur, breakfast.



Great Mosque dari dalam

Great Mosque dari dalam

Roman Catholic Cathedral

Tempat pertama yang kami pergi semestinya Mezquita (Great Mosque). Tiket untuk masuk adalah sebanyak 7 €. Namun kami sangat bernasib baik sebab masa kami datang tu ada upacara tertentu kat dalam tu, mungkin upacara sembahyang, jadi masuk adalah percuma selagi upacara tu belum tamat. Mezquita sebenarnya bermaksud masjid dan menjadi tempat  tarikan utama spain disebabkan keunikan reka bentuknya. Mezquita dikenali dengan batu bata yg berwarna merah dan putih. Mezquita pernah menjadi masjid terbesar di Eropah dan masjid kedua terbesar di dunia semasa kegemilangan Islam dahulu. Sayangnya selepas kejatuhan kerajaan Islam  ke tangan Kristian, Mezquita telah dijadikan gereja dan bahagian dalam Mezquita telah diubah suai dan diletakkan  patung2 yg biasa nya kita boleh tengok dalam gereja2.

Kat luar Mezquita terdapat taman yang dipenuhi dengan pokok2 limau dan masih kelihatan tempat org Islam dahulunya mengambil wuduk. Sungguh cantik kawasan mezquita dahulunya.

Kemudiannya kami meronda2 di kawasan luar dan seterusnya mencari makanan. Kat bawah tu nampak lagi seni bina peninggalan Islam.

Jalan-jalan

Jalan-jalan

Kami jumpalah kedai Islam yg menjual Baguett. Susahnya nak berkomunikasi dengan mereka sebab mereka ni pandai bahasa Spain dan Arab je. Jadi kena agak2 jelah. Kami beli Baguett sardin ngn salmon. Sekali dia ambik sardine dalam tin pastu letak dalam baguette tu. Ya Allah kalau camni baik beli sardin kat pasaraya je. Memang loya sangat tekak ni bila makan macam tu sebab hanyir.

Kami tanya tuan kedai tadi kat mana boleh jumpa restoran halal, dia kata ada 1, namanya Sultan Restaurant. Kemudiannya kami terus meronda2 lagi cari kedai souvinir. Dah tengahhari tu kami cari Restoran Sultan tadi. Ni kiranya nak makan kebab lagilah. Harganya memang mahal sebab kat Corboba susah nak cari kedai kebab. Tapi teringin nak makan kebab punya pasal, beli jugaklah.

Lepas tu kami ke hotel. Dah penat berjalan2 perkara yg paling best semestinya makan dan berehat di hotel. Tak sabar2 kami nak makan kebab tadi. Sekali Ya Allah teruknya rasa kebab ni. Sampai hati dia cuma letak ayam rebus dalam roti tu. Memang tak berbaloilah dengan harganya. Inilah kebab yang paling teruk kami pernah makan sepanjang hidup di eropah. Mungkin masa kami beli mereka belum bakar ayam, tu yang letak ayam rebus je. Tapi memang rasa terkilan sangat masa tu. Dua-dua makanan yang kami beli, tak lalu nak makan walaupon lapar. Jauhnya beza dengan Granada.

Synagogue (tempat ibadat Yahudi)

Synagogue (tempat ibadat Yahudi)

Synagoge ini terletak di tengah2 Cordoba dan tidak lagi digunakan untuk beribadat apabila orang Yahudi diusir setelah Cordoba jatuh ke tangan Kristian. Synagoge ini pernah dijadikan hospital, chapel dan akhirnya menjadi museum sekarang.

Esoknya kami ke bandar Cordoba sekali lagi utk membeli Souvinir sebelum bertolak ke Seville.

Coming soon: Sevilla 🙂

2 thoughts on “Spain Part 3 (Cordoba)

  1. nurul

    Salam..

    Kasihannya teh ngan abang aidil kena makan benda yang teruk2…
    Takpe2, ujian semua tu..
    Boleh ingat sampai tua..mesti gelak2..
    Kalu sedap sangat, tak ingat plak nanti..hehe

    Teh, bila masa teh nagna abg aidil g jalan2 ni…bestnye…
    Nurul pun teringin gak nak g jalan2 gini…

  2. huda Post author

    itulah, bila jalan2 ni bukan senang nak cari makanan.
    kebab kat cordoba tu €5 satu, biasanya kebab cuma €2,50 hingga €3,50 satu. mana tak geramnya.
    memang ingat lagi lah perasaan yg lapar dan tak sabar nak makan, tiba2 gitu rasanya.hancur luluh perasaan 🙁
    dah lah sebelum tu beli baguett yang gitu2 jugak rasanya. 🙁

    tapi rasa sedih jugak sebab cordoba ni pernah menjadi pusat pemerintahan Islam yang hebat dulu, tapi sekarang dah takde apa 🙁

    teh ingat lagi kebab yg sangat sedap, ada 3 tempat (main station gelsenkirchen, bristol ngan granada). hihihihi 🙂

    teh ngn abg aidil gi spain masa tahun 2007, cuti krismas. masa ni gi jalan2 masa cuti summer atau krismas atau winter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!