Spain Part 4 (Seville)

Sambungan dari Spain Part 3 (Cordoba)

Nak tau sejarah Andalusia, baca di sini

Dari Cordoba ke Seville, kami cuma tidur dalam kereta di tempat rehat. Masa tu memang sejuk yang amat walaupon tidur dalam sleeping bag.

Pagi tu bila  tu kami sampai di Sevilla,  terus kami cari tempat nak letak kereta. Sealunya bila pagi-pagi boleh jumpa la tempat parking tapi tak sangka pulak susah juga nak jumpa. Sevilla  ni bandar besar, mungkin sebab tu banyak betul kereta. Bila dah dapat park tu, kami mulakan operasi makan pagi. Makan pagi kami masa jalan-jalan senang je, roti dengan tuna, baked bean dan air. Itu jelah yang kami mampu makan bila jalan-jalan.

Bila dah cerah sikit, kami tinggalkan kereta, naik bas saja sebab bandar tu sangat besar dan susah pula kalau nak mencari-cari tempat parking nanti. Tiket bas kat Seville memang murah sangat, one way cuma 1€. Waktu nak beli tiket bas pon rasa kelakar sangat sebab  kami pon tak paham apa yang pakcik bas tu cakap, hentam ajalah.

Seville ni bandar moden, tak seperti Cordoba dan Granada yang banyak bangunan-bangunan lama. Sebenarnya kat Seville ni kami dah kurang mood nak jalan-jalan, biasalah tempat terakhir dan diri pon dah penat sangat masa tu. Kiranya main jalan saja. Sevilla pon tak sesejuk Cordoba dan Granada.

Mula-mula kami pergi Seville Cathedral. Cathedral ni dulu merupakan masjid pada zaman pemerintahan Umayyah Spain tapi biasalah bila orang kristian tawan Seville, masjid tu ditukar menjadi gereja. Hampir keseluruhannya ditukar dan bahagian yang masih kekal bentuknya adalah beberapa bahagian bumbung. Sebab nak masuk free, kami naik lah sampai atas.


Itulah bahagian atas cathedral. Lama dah aku tak naik bahagian atas cathedral. Cathedral yang mula-mula aku naik adalah Dome Köln. Yang tu memang penat sangat sebab tinggi, berpusing-pusing dan menakutkan . Masa nak turun tu lagi teruk, bila dah sampai bawah kaki terketar-ketar sebab penat dan takut. Cathedral yang kat Seville ni oklah sebab rendah.

Yang ini pulak pemandangan Sevilla dari atas Cathedral. Bangunan yang ada bulatan tu tempat Bullfighting (lembu lawan dengan manusia). Spain kan memang terkenal dengan perlawanan lembu tu. Kalau pergi mana-mana pon mesti ada poster Bullfighting. Mula-mula sayang teringin jugak nak tengok tapi masa tak sesuai dan harga tiket pon mahal. Jadi tengok bangunan sudahlah. 😀

Pokok yang banyak-banyak tu adalah pokok limau. Kat Spain ni merata kita boleh jumpa pokok limau. Kat tepi-tepi jalan pon berlambak.

Masa kami jalan ke hulu ke hilir rasa jugak penat, bila tengok orang naik basikal, rasa teringin sangat nak naik basikal juga tapi susah betul nak cari basikal sewa tu. Bila kami jumpa basikal sewa tu, basikal pula yang takde. Laris betul. Kecewa betul tak dapat naik basikal. 🙁

Kat atas tu bukan gambar yang ambil sendiri sebab bila nak pergi sewa mesti dah takde basikal. Akhirnya sampai sudah kami tak naik basikal pon.

Lepas tu lapar lah pulak, tak tau nak makan apa. Bila tinjau-tinjau kami sayang nak belikan Paella sebab itu makanan yang famous kat Spain. Kata sayang, rugilah kalau aku tak dapat merasa Paella ni. Paella ni yang aku tahu ada 2 jenis, dari nasi atau dari mee. Nasi untuk Paella ni memang kecik2, tak macam yang kita makan selalu tu. Mee tu pon kecik. Dapatlah aku merasa Paella mee dari seafood. Beli satu pinggan je, kongsi berdua, romantik gitu 😀 . (Padahal sebab mahal. hihihi)


Macam ni lah Paella kalau dari jenis nasi. Nampak sedap kan? Yang kami makan tu mee dan tidaklah semeriah dalam gambar tu.

Petang tu kami ke Istana Alcazar, jalan-jalan dalam tu. Best sebab rasa tenang je berada di taman dan jauh dari kesibukan bandar. Tapi jalan-jalan macam tu sajalah, gambar pon dah tak larat nak ambil sebab penat.

Lepas tu kami ambil kereta nak pergi makan malam, ingat nak makan Mc Donald tapi nak save bajet punya pasal, kami pergi cari roti dan tuna kat pasaraya. Tiba-tiba terjumpa pulak sambal sotong dalam tin. At last, banyak pulak makanan yang kami beli, dengan airnya lagi sedangkan tu hari terakhir. Kelakar pulak, kononnya nak jimat, sekali lagi banyak pulak beli.

Malam tu aku sakit mulut, ulser campur tak tahulah sakit apa. Memang sakit sangat-sangat2lah jadi sayang pon berhentilah parking tepi jalan, nak pergi shopping complex, cari ubat. Jumpalah juga ubat tu tapi mahal nya. Tak kisahlah, asal boleh lega. Sampai kat kereta, tengok2 ada orang parking double yang menyebabkan kereta kami memang tak boleh keluar. Satu tabiat orang Spain ni, mereka ni memang suka sangat parking ikut suka aja, maklumlah, tempat parking pon tak banyak. Kami tunggulah dalam kereta sampai 5 minit tapi takde orang datang pon nak alih kereta tu. Dok pikir-pikir nak buat macam mana, kami ingat, baik makan je dalam kereta tu bagi kenyang perut 😀

Dah habis makan tu, masih takde lagi orang alihkan kereta, risau jugak ni, tak tau nak buat macam mana. Sekali kami dengar orang kat belakang tekan hon kuat2 sebab kereta dia takleh keluar jugak, ada orang parking double. Lepas tu nampaklah orang keluar dari pub, alihkan kereta tu. Beberapa minit lepas tu tuan punya kereta yang parking sebelah kami datang, bawak kereta dia pergi. Selamatlah kami, boleh bergerak. Rupanya memang kena buat macam tu, bunyikan hon kuat2

Sepanyol

Akhirnya kami pon bertolaklah ke Valencia yang sangat jauh tu sebab flight kami kat Valencia. Maklumlah, yang tukang plan ni tak tengok betul-betul betapa penatnya nak travel naik kereta ke Valencia tu. Kesian sayang. Kami berhenti-henti jugaklah untuk tidur. Dah pagi dalam pukul 4 lebih tu kami sampai airport, makanan yang kami beli tu banyak lagi. Pulun aku habiskan air sebab tak nak bazirkan macam tu aja. Kereta tu nasib baik boleh tinggalkan di airport.

Bila masuk airport tu, sementara check in desk buka, pulun kami makan roti dan sambal sotong tu sampai dah tak mampu nak makan. Itulah ikut sangat nafsu, beli banyak makanan kat supermarket.

Pagi tu kami berlepas lah dari Valencia ke Düsseldorf. Penatnya memang tak terkata tapi pengalaman yang menyeronokkan.

Selamat tinggal Andalusia. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!