Gelsenkirchen: Bahn- und Busstreik

Hari ni hari yang agak malang buat diriku. Pagi tadi aku ada exam yang paling susah dalam sejarah pembelajaran ku di sini. OHhhh. sedihnya.

Pagi ni jugak ada Busstreik (bus strike) kat kawasan sini dan kawasan yang berdekatan. Nasib baik kawan aku bagitahu semalam.

Jadi pagi tadi aku kena keluar awal, pergi ke tempat taxi, takut2 taxi takde pulak nanti. Nasib baik jalan pon cuma tak sampai 15 minit ke tempat taxi tu. Tapi memang sejuknya yang amat. Sekarang ni pukul 7:30 pagi masih gelap gelita. Kena bayar €10 lah jugak nak ke universiti. Nasib baik pergi dengan kawan sorang lagi, boleh lah share2. Masa nak balik tu ternampak bas, jadi aku tanyalah drebar tu, ada bas ke hari ni. Dia cakap, hari ni cuma ada 3 bas, semua tu pon yang pergi Universiti saja. Mungkin sebab sekarang ada exam.

Jadi, balik tu, selamatlah duit kami € 10 sebab boleh naik bas walaupon bas tu  tak lah sampai ke rumah. Jalan 10 minit balik rumah lepas tu, kira oklah.

Kat sini memang tiap-tiap tahun ada bus strike sebab tak naik gaji kot. Memang teruk sangat keadaan kat sini bila ada strike macam tu. Habis banyak perkara yang tergendala sebab ramai yang guna train dan bas pergi ke tempat kerja, universiti dan sekolah. Dulu masa buat praktikal pon pernah jugak ada Bahn und Busstreik ni. Terus jadi alasan tak perlu pergi kerja 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!