Italy Part 4 (Milano Bergamo)

Sambungan dari part 3

Hari ni tiba-tiba aku teringat pasal kisah kami kat airport Milano Bergamo sementara nak berlepas ke London.

Kami beli tiket Ryainair, dan paham2lah, bila tiket murah, airport pon mesti kurang sikit keselesaannya. Kami perlu bermalam di airport tu sebab flight kami pukul 9 pagi. Selama ni, kami dah biasa tidur di Stansted Airport, jadi tak kisah sangat lah nak tidur kat mana-mana airport.

Disebabkan masa tu musim panas, kami tak bawak sleeping beg. Sampai je kat airport tu, kami cari kotak untuk lapik tidur, dan juga tempat yang best untuk tidur.Tengah tidur tu, tiba-tiba jaga kejutkan semua yang tidur. Dia kata, kat situ tak boleh tidur, kena tidur kat tempat depan sikit.

Lepas tu berduyun-duyunlah orang tukar tempat. Dah lah ramai. Bila dah dapat tempat lain, kami pon hamparlah kotak kami tu dan tidur. 1 jam lepas tu, jaga datang lagi, dia kejutkan semua orang. Dia cakap kat sini tak boleh tidur. Orang pon tanyalah, dah tu nak tidur kat mana? Jaga tu cakap, boleh duduk kat kerusi je. Jadi semua orang pon berduyun-duyunlah tukar kawasan. Yang sedihnya, kat kerusi tu cuma boleh duduk, tak boleh baring pon. Sesiapa yang baring tu, memang jaga tu akan kejut balik.

Itulah satu-satunya airport yang jadikan kami ni macam pelarian 🙁 . Bila ingat balik memang tergelak lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!