Makanan otak dan rohani

Myfruehling@de

Alhamdulillah hari ni aku dah sampai rumah, setelah selesai program di Bingen. Alhamdulillah juga dapat jumpa beberapa geng2 Wihdah yang selama ni jumpa secara alam maya saja. Tak sangka betul, ramai juga dari geng lain yang datang. Program sebegini sekali sekala sangat penting untuk mengubati hati dan menaikkan semangat untuk terus berjuang ke jalan Allah dan mencari jalan ke syurga yang semestinya menjadi idaman setiap muslim. Apalah gunanya kita hidup di dunia ini jika kita tidak menggunakan peluang yang Allah berikan untuk mencari keredhaan Nya.

ISK

Program sebegini bukan saja bertujuan mentarbiahkan diri masing2, tetapi juga merapatkan ukhwah antara geng2 Wihdah dan lain2. Jadi inilah aktiviti kami sepanjang program dan selepas program.

Makan yang sedap2 dari chef Bingen dan lain2:

Breakfast

Jalan-jalan ladang anggur

Jalan2 di ladang anggur Bingen yang tenang dan permai seperti pulang ke kampung halaman. Walaupon sejuk pagi2 tu nak jalan, memang best. Tapi anggurnya takde pon sebab bukan musim anggur sekarang ni.

Rüdesheim

Yang ni pula masa jalan2 di Rüdesheim, yang berada di seberang bandar Bingen. Dah lama aku nak pergi sana, tapi setiap kali pergi Bingen mesti tak berkesempatan. Alhamdulillah sampai juga kali ni. Kat sana ada laluan yang cantik di tengah2 bangunan2 lama. Sebenarnya dah lama aku tak jalan tempat macam ni, tu yang rasa best. Kat Rüdesheim ni boleh naik cable car ke puncak nya. Tinggi tu taklah sangat, tapi cantiklah bila tengok pemandangan dari atas tu.

Petang tu, dah ramai yang beransur pulang. Tinggallah beberapa kerat je geng2 Wihdah. Esoknya pula aku, Farah, Nisa, K.Mima ke Idstein untuk melawat K.Na dan keluarga yang belajar di sana. Perjalanan ke Idstein ni lagi rasa macam balik ke kampung sebab kawasan  Idstein memang sangat damai dan tenang. Kami hampir2 juga tidur kat rumah K.Na, tapi akhirnya terpaksa pulang ke Bingen sebab ada plan lain pula.

Pengat Pisang

Pengat pisang special yang disajikan keluarga K.Na. Sebelum tu kami disajikan nasi berlauk kari ayam, telur, sambal belacan, budu dan keropok keping. Memang sangat membuka selera. Terima kasih diucapkan kepada keluarga K.Na.

Esoknya kami picnic pulak kat Bad Münster. Wahhh dah lama tak picnic kat sungai sebenarnya ni. Seronok sangat, ditambah pula dengan bihun goreng ilham n nisa yang sedap, cupcake rawai yang sedap, sandwich yang sedap. Semuanya sedap lah.

Picnic

Picnic

Ingat nak naik bot kat sungai tu, tapi tak boleh sebab arus deras. Takpelah, takde rezeki lah tu. Petang tu, Nisa n K.Mima pula balik ke tempat masing2. Dan hari ni berakhirlah percutian ku di Bingen.

Terima kasih kepada Masulah program, AJK program, dan semua yang terlibat. InsyaAllah berjumpa lagi kita di alam maya, dan di program akan datang, atau bila2 berkesempatan. Semoga program kita yang lalu mendapat keredhaan Allah. Amiiin.

5 Comments

  • Nurul
    March 31, 2010 - 19:53 | Permalink

    Salam..
    Bestnyee teh
    asyik g jalan jer
    teh, geng2 wihdah tu geng ape?hehe

  • k.asma
    April 1, 2010 - 03:38 | Permalink

    wow..cinonot nyerr..teh..
    mmm..
    jauh perjalanan..
    luas pemandangan..
    tajam pemikiran..
    berkembang silaturrahim..
    bertambah tarbiah diri..

  • huda
    April 1, 2010 - 06:19 | Permalink

    to nurul n k.asma:
    teh dah lama x jalan tau. ni baru jalan balik.
    wihdah tu nama group usrah kami. geng2 wihdah tu ahli2 group 🙂

  • aidil
    April 1, 2010 - 07:59 | Permalink

    pe mksud myfrueling.de tu? klu fruehling tau la ..

  • huda
    April 1, 2010 - 10:07 | Permalink

    frühling tu kan spring ncik aidil.
    myfruehling@de sebenarnya, silap tulis.
    ala, lebih kurang aktiviti spring saya di jerman lah.
    kalau tak paham, buat2 paham je

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress