Tak masuk akal!

Tadi aku belajar sama-sama dengan kawan ku dari China. Bila penat tu, kami sembang-sembanglah pasal tudung. Kawan aku ni seorang Kristian Protestan.

Dia katalah, kadang-kadang tu dia tengok perempuan pakai tudung, tapi baju lengan pendek. Memang tak masuk akal. Sepatutnya bila dah pakai tudung tu, baju pon mesti tutup lengan dan sebagainya. Itu apa yang dia cakap. Jadi aku katalah, memang tak betul pon cara berpakaian macam tu.

Kemudian dia sambung lagi, ada tu dia nampak perempuan pakai tudung ikat belakang, leher tak tutup, itu pon tak masuk akal. Sepatutnya bila bertudung, leher tu kenalah tutup. Aku pon cakap, cara berpakaian macam itu pon tak betul.

Marilah kita fikirkan sejenak, kenapa kita yang Islam ni ada yang bertudung tetapi menampakkan leher, lengan, susuk tubuh, sedangkan iany Tak Masuk Akal! .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!