Kehidupan

20 sen guna beg plastik

Di beberapa supermarket di Malaysia, pengguna telah diwajibkan membayar 20 sen untuk setiap plastik jika diperlukan. Perkara ini dilakukan secara meluas di Pulau Pinang bermula dari tahun lepas. Pada mulanya ianya dilaksanakan pada hari isnin dan rabu. Sekarang saya tidak pasti adakah ianya dilaksanakan setiap hari. Pada saya perkara ini sangat wajar dilakukan berbanding hanya meletakkan iklan2 di Televisyen yang kurang berkesan.

Saya perhatikan di Malaysia, apabila kita membeli 4 kategori barang contohnya makanan, sabun, alat tulis dan tisu, kita akan diberikan 4 plastik, iaitu satu untuk setiap kategori dan ini sangat membazir. Bayaran 20 sen yang dikenakan itu bertujuan mendidik pengguna agar mengurangkan penggunaan plastik. Cara yang paling mudah bagi pengguna adalah dengan membawa sendiri beg2 galas atau kain yang ada di rumah. Saya sememangnya sudah terbiasa dengan cara ini kerana majoriti masyarakat Jerman akan membawa beg shopping masing2 apabila ke supermarket dan membeli plastik apabila terdesak sahaja.

Semasa berbelanja di Giant Pulau Pinang pada tahun lepas, ada seorang pakcik menjadi pelik apabila jurujual mintak bayaran 20 sen untuk plastik dan tidak berpuas hati. Namun apabila diterangkan secara baik, pakcik tersebut juga bersetuju. Jadi pada saya rata2 pembeli senang dengan cara baru ini kerana ianya adalah untuk tujuan yang positif . Selain itu, pengguna yang membawa beg sendiri juga bertambah dari hari ke hari. Hasil kutipan dari bayaran plastik itu bukanlah untuk kerajaan Pulau Pinang khasnya, tetapi disalurkan ke pusat2 kebajikan.

Saya sememangnya sangat gembira dengan program sebegini dan berharap ianya lebih meluas dilaksanakan supaya satu hari nanti masyarakat Malaysia akan menjadi seperti masyarakat Jerman yang sangat mementingkan kitar semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress