Destree GmbH : Praktikal ke 2

Seperti yang dah diceritakan di entry lepas, aku perlu buat praktikal kali ke 2 untuk dapatkah Vordiplom. Memang banyak application aku hantar tapi kebanyakannya tak di jawab dan kalau jawab pon, ditolak. Akhirnya aku hantar surat ke Destree GmbH, tempat yang Rawai pernah buat pratikal. Mungkin disebabkan aku ni kawan Rawai, bos Destree tu senang je terima. Alhamdulillah. Jadi cuti musim panas pada semester ke 2, aku berkampung kat Bingen sebab Destree GmbH tu cuma 30 minit dari Bingen. Terima kasih Ilham dan Farah yang tumpangkan daku bilik 🙂

Kat Destree ni kena masuk kerja 7:30 dan balik 16:30. Lagi lama dari kat Pohl dulu. Kerjanya pula memang sepenuhnya dalam bidang elektrik dan SPS. Tapi aku tak belajar SPS, jadi aku diajar sambung component dan wayar berdasarkan  gambar litaran yang diberikan. Seronok juga buat kerja macam ni, tambah-tambah pakcik Christoph yang mengajar tu tersangatlah baik. Cumanya kerja ni penat sebab orang Jerman ni jarang duduk masa bekerja. Kadang-kadang tu berjam-jam tak duduk. Memang sakit sangat kaki. Kerja mereka memang sangat efficient dan takde buang masa. Kalau masa rehat setengah jam, setengah jam sajalah mereka berehat, lepas tu sambung balik.

Kadang-kadang, bila perlu solat kat kilang, aku bagitau je kat pakcik Christoph tu. Dia pon dah paham sangat, jadi bolehlah solat di luar bangunan. Kat kilang ni juga, aku dibenarkan pakai tudung, cuma perlu masukkan ke dalam baju. Alhamdulillah.

Inilah kerja kau sehari-harian. Seronok buat benda ni 🙂 Lepas dah 6 minggu bertungkus lumus, akhirnya siaplah praktikal ke 2 ku. Habis je praktikal ni, terus aku cuti-cuti di Perancis. hihihi. Bila-bila lah pulak cerita pasal Perancis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!